Followers

Monday, 21 May 2012

BERCINTA DENGAN ALLAH


assalamualaikum

hari ni terbukak pintu aty aku nk buat entri pasal cinta. cinta yang aku maksud kan ialah cinta tuhan yang esa, allah taala. di saat jari-jari aku menaip entri nie, zikir sedang berkumandang di telingaku. betapa bahagianya aku mengejar cinta allah. cintanya tersangat hebat dibandingkan dgn cinta sesama makhluk ciptaannya di bumi nie. di saat ini aku belajar mencintai allah melebihi segala yang ada.

tanda cinta seorang hamba kpd allah adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka, sedangkan tanda cinta yang setingkat di atasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga. akan tetapi tahukah kamu puncak segala darjat cinta ialah keinginan  yang kian menggebu untuk selalu menghadirkan allah di hati.

tekad kuat untuk selalu bersama syariatnya dalam segenap sisi kehidupan. cinta yang melebihi cinta kpd sang kekasih, keluarga dan sanak saudara. meletakkan allah selayaknya sbgai kekasih hati, selalu berharap berjumpa dgn nya, mendekatkan diri padanya dengan pelbagai cara dn rindu kepadanya.


betapa indahnya bercinta dgn allah , yang dengan cinta nya seluruh isi langit dan bumi pun memujinya.
tidak wajar kita mcintai manusia mlebihi kecintaan kita kpd allah kerana allah tidak pernah lupa menjaga kita dan memberi rezeki setiap saat.

saling mencintai hanya kerana allah, saling menyayangi hanya kerana allah, saling membahagiakan hanya kerana allah, kerana hanya allah lah yang menimbulkan rasa cinta, kasih dan bahagia itu.

moga-moga kalian juga mengejar cinta allah.doakan aku terusan mengejar cinta Nya. semoga allah teguhkan iman dan keinginanku.
sekiranya kita cinta kpd manusia,tidak semestinya manusia cinta kpd kita. jika kita cinta kpd allah nescaya cinta allah tiada penghujungnya.
sekiranya kita cinta kpd manusia kita akn cemburu kpd org yang mcintai mnusia yang kita cintai.jika kita mencintai allah,kita akan mcintai mereka yang mlabuhkan cintanya kpd allah.

4 comments:

  1. cinta pd bunga ,,bunga akan layu
    cinta pd manusia ,,manusia akn prgi
    cinta pd allah ,,cinta kekal abadi <3

    ReplyDelete
  2. Amin ..Ya Allah Teguhkan Iman Insan InI Ya Allah..Bimbingnya ke jalanMu Ya Allah..Berikanlah kebahagian kpdNYA...

    ReplyDelete