Followers

Monday, 21 May 2012

BERSABAR LAH

assalamualaikum



" tiada sesuatu pun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati ,dukacita ,penat ,dan penyakit yang berterusan , tidak pula dgn kesedihan dan kesakitan hinggalah kpd tusukan duri melainkan dengannya allah hapuskan dosa hamba itu"

allah tidak pernah menjanjikan jalan yang mudah , tapi Dia berjanji bersama kita di setiap langkah kehidupan selagi kita mahukan Nya. kesulitan dan kesusahan adalah laksana musim dingin, basah dan lembap..tidak disukai insan. tetapi sesudah musim itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

"ya allah campakkan lah kami ke atas kesabaran dan matikanlah kami di dalam agama islam"

kadangkala allah hilangkan matahari, Dia datangkan guruh. puas kita menangis mencari dimana mentari kita.rupa nya allah nak hadiahkan pelangi yang indah. sabarlah wahai insan ada kemanisan di sebalik kepahitan. ingatla sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari.


firman allah s.w.t bermaksud :

patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan brkata:
"kami beriman,sedang mereka tidak diuji(dgn ssuatu cubaan)?
dan demi sesungguhnya kami telah menguji org-org terdahulu drpd mereka, 
 maka(dgn ujian demikian)
nyata apa yg diketahui allah tentang org-org yg sebenar-benarnya beriman, 
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang org-org berdusta"

ujian adalah tarbiyah dari allah apakah kita akan sabar atau sebaliknya. ksenangan yg dtg slps ksusahan smuanya adalah nikmat dari allah. sesiapa yg bertaqwa kpd allah nescaya akan ada baginya jalan keluar.

6 comments: