Followers

Monday, 30 December 2013

AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikumm..

2013 akan melabuhkan tirai beberapa jam lagi..post yang terakhir untuk tahun ni,mungkin...2013 penuh dengan kenangan suka dan duka bakal berlalu pergi..tahun 2013 yang sangat bermakna. Banyak perkara penting telah aku lewati...banyak keputusan tentang hidup juga telah aku lakukan. Pada awal tahun aku bergelar siswazah Uitm Seri Iskandar dalam jurusan bangunan semester ke 4. Ketika itu masih bergelumang dengan drawing, plan, site, model dan jugak studio. Saat yang terasa berat nak ku lewati walaupun tinggal lagi 2 semester..

pada bulan 6
Terima surat pelantikan dalam goverment..teruskan belajar atau kerja? Dilema menghantui aku selama 2bulan..keboringan bergelar siswazah membuat aku mengambil keputusan untuk menarik diri dpd pengajian. Masih tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia menjadi penjawat awam.memikul tugas kepada negara. Namun sokongan dpd keluarga dan teman mendewasakan aku.di usia 20 tahun aku adalah pegawai kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.



Berbaggakah aku dengan jawatan dan pangkat yang aku ada? Tidak sama sekali..aku masih merasa aku di bawah.perlu belajar banyak perkara.tugas yang dipikul bukan main-main.lantaran aku ditempatkan di salah sebuah daerah yang termasuk dalam pertubuham keselamatan(ESSCOM) yang ditubuhkan semasa krisis di Lahad Datu. Cabaran di awal penugasan kadang-kadang menggoyahkan aku.bagaimana aku akan hidup di negeri orang dalam keadaan penuh dengan kekalutan.alhamdulillah setakat ni aku lalui dengan tenang.

Di penghujung tahun 2013
Aku harus bersedia bergelar isteri orang. Sesuatu yang aku xjangka..aku menjangkakan akan mendirikan rumahtangga di usia 23 tahun ke atas. Ketentuan darinya..aku terima dengan hati terbuka andai jalan itu yqng terbaik untuk hidupku.terima kasih kepada si dia yang menerima aku seadanya..memberi semangat ketika aku lemah.menjadikan aku kuat si saat ingin tersungkur.

Maka tamatlah tahun 2013 dengan pelbagai peristiwa.diharap tahun 2014 menjadi tahun yang penuh makna.azam aku tahun 2014 nak realisasikan impian kami untuk bina masjid.moga urusan dipermudahkan Allah.

Aku juga berharap semoga selepas kawin nanti aku dapat dipindahkan ke semenanjung.sudah tidak mahu berpisah dengan suamiku..sbg isteri aku harus menjalankan tugas aku menjaga suamiku.jika jarak terlalu jauh bagaimana tanggungjawab itu akan terlaksana.harap pengurusan tertinggi dapat memberi pertimbangan nanti..-_-

Harapan yang ketiga, aku nak cahaya mata.aku terlalu geram bila tengok kawan-kawan aku sume tengah pregnant.ak xsabar nak dapat baby..nak tengok camana rupa baby aku nanti.xcitedd!!tapi sblm tu kna kawen dulularr..

Satu lagi..lepas kawen n lepas dapat pindah semenanjung..aku nak beli kereta..tu perancangan je.lau ada rezeki, alhamdulillah.dapatla aku bergerak tanpa menyusahkan si dia..tanpa menggangu waktu kerja dia..hehehe

Itu jela harapan aku..my future mom-in-law da panggil suh mandi..hehehehr..ak belom mandi dpd pagi tadi.kantoi..

SEMUA TENTANG DIA SI JANTUNG HATI SAYA

Assalamualaikumm..

Sungguh aku teramat rindukan dia.
Dia si jantung hati aku.
Dia yang selalu muncul dalam.mimpi aku..
Dia yang membuatku terindu-rindu belaiannya..
Dia yang buat aku ternanti-nanti :)
Dia yang telah menggongcang jiwaku <3



Rindu nya ya Allah..dekatkanlah jodoh kami, permudahkan juga jodoh kami..sesungguhnya dia amat membahagiakan aku dulu,sekarang dan inshalah selamanya.


Dia sangat penyayang..kadang-kadang garang macam singa laut..kroookhh kroookhh krookhh( bunyi singa laut nak sodok org retis).tq untuk semua yang dia dah bg..bukan sekadar kasih sayang yang mana kasih sayang sesama kami menjadikan badan kami mbesar.(org kata bila da gemuk tanda cukup kasih sayang).kepada yg xdapat kasih sayang..cepat la mencari ea..tapi jgn sampai ter cari di tempat yang salah.nanti makan kaki jawabnya :D


Pesanan dpd b saya tp sy yg reka(boleh gitu??)

Kepada yang berniat nak pisahkan kami,kami xheran sbb awak bukannya hebat sangat.taktik awak kami da tau lama..kalau xsaman..mungkin bomoh..tu jer kan?kesian plak..bak kata b..kalau tuhan x izin maka xkan jadi..jadi aku xtakot punnn :p wahai si cengeng yang tersangat hotstuff kat perut je :D

so xpayah la buang masa oke..bawak mulut ke sana ke mari kononya kami yang kacau awak..xde maknanya..lagipun awak xcantik pun, hmm..xuntong kacau awak.patot awak tau taw knp dulu awk putus t*****
awak.mesti still xtau kan kenapa?awak pikir la apa awak buat yg awak pk dia xtau padahal dia tahu..sangat menjijikkan.awk jgn risau sbb sy blh simpan rahsia awk.cuma dia dgn sy je yang tau..belom fmly awak mahupun family dia :)

so lepasni bolehla awk saman sy plak sbb buat status mcmni kan? Dpd awal bulan lg sy dgr ad org nak saman org..tup tup senyap...lau xde duit nak upah lawyer xpayah berlagak yer awak.simpan je gaji xsberapa tu buat byr sewa rumah..kah kah kah..gelak guling-guling sambil hantuk kpla kt dinding..lawakkkkkk

lepasni blh la awak berambus yer..lau blh berambus dpd muka bumi ni.amaaannn duniaa..alhmdulillah..sujud syukur kami kat padang bola..hahahaa..

nak update pasal b tapi lari topik plak.sebab mmg hobi aku sekarang ketawakan spesis mcm awak.modal tiap masa untk buat aku ketawa.


Nah.!! Ini muka kami bila sebut nama kamu...lucu..lebih lucu dpd tengok maharaja lawak mega.

Mohon terasa yer..lepastu buat entry khas kutuk kami sbg menandakan kamu baca entry ni dan menandakan kamu mmg selalu skodeng kami..wakakakakaka...diharap kamu berhenti mengutuk orang dibelakang yer sbb nampak macam kamu PENGECUT :D

kalau dah rasa terover hot sgt..mintak masuk ujibakat pilih kasih..cpt siket terkenal..kesian sbb mencari publisiti murahan gaya org2 kampung lubok hantu.aku tau kamu retis, sbb tu perut mu setebal tilam springg..owh..lupa skrg selera dunia hiburan da berubah..artis xplu ramping lagi..jnji pandai action dan MENANGIS depan kamera.

yang benar dan ikhlas dari lubok hati :
MissIeyna 31/12/13 Melaka

Friday, 27 December 2013

CINTA PADANG KAWAD :*

Assalamualaikumm..

Da masuk hati kedua kat kelantan..lagi 3 hari akan bertolak ke Melaka lagi..apa nak jadi..sudah ditakdirkan aku ke hulu ke hilir mcm ni..hahaha..sabar ajella.

Dalam 2 hari aku kat rumah ni..banyak benda xdijangka telah terungkai satu persatu.kenapa harus begitu..?? Walaupun penjelasan diberi..tetap aku rasa x logik..tapi xpe, bukan benda besar pun.aku maafkan..aku sayangkan dia.lepastu satu lagi kekeliruan muncul..ak mintak penjelasan dengan setenang-tenangnya..oke..sudah jelas apa yang kabur.

Aku biarkan je apa yang menggangu fikiran aku berlalu pergi.pada aku ini dugaan..hanya yang kuat mampu tepis sebelum bertemu destinasi..sungguh aku xsabar menanti hari bahagia kami xlebih 100 hari lagi dari skrg.persiapan sudah dilakukan sikit-sikit agar xberlaku kekalutan memandangkan aku berjauhan beribu kilometer dpd dia..lautan memisahkan kami.namun azam kuat dihati kami agar apa yang kami impikan selama 3 bulan sebelum ni menjadi nyata..first day mesej dgn dia aku masih ingat..dia sudah melamarku..langsung xada perkataan berbunyi"sudi x jadi kkasih hati sy" tapi berbunyi begini..
"Awak nak kawen dgn saya x?"

Sudah 3 bulan berlalu..xdisangka orang yang paling aku takut..paling diminati di pusat latiham oleh peserta kursus masa tu tersangkut dengan aku..facebook lah pembuka bicara cinta kami..aku sudah lama terpaut hati pada dia tapi aku lupakan hasrat tu sbb dalam fikiran aku berkata " kau jgn berangan nak berteman dgn dia, ramai lagi awek cantik tergila kat dia, dia terlalu sempurna untuk kau."
Ayat tu la aku katakan tiap kalo hati aku merintih menginginkan cintanya sehingga aku akur untuk memilikinya..

Aku suka bila diantara ramai-ramai jurulatih ketika tu, cuma dia sorg je turun ke surau solat berjemaah bersama peserta kursus.dia dgn solat seakan tiada pemisah..di hutan sekalipun..dia tidak pernah abaikan solatnya.itulah lelaki impianku..supaya dapat membimbing aku.di mata ku dan juga beberapa lagi awek2 seangkatan dgn aku, dia sangat sempurna.daripada rupa paras sehingga lah ke ibadatnya..ketegasannya sangat menakutkan aku.tapi xku sangka hatinya sangat lembut.bisa terguris hanya dengan kata-kata.

Aku tidak pernah membayangkan dapat bersama dia walaupun sekadar teman rapat.tapi hari ni..aku dgn dia sedang berjalan bersama menuju gerbang perkahwinan.inshalahh..semoga dipermudahkan.

Dulu aku mengagumi setiap gerak geri nya,memerhati nya dalam diam..kadang-kadang aku termalu sendiri bila hampir terkantoi..hehehe..aku dgn nya dulu bagaikan xsehaluan.dia jurulatih aku peserta..aku seringkali di jerkah diherdik dan diperbodohkan..hehehe..dalam hati aku menyumpah kat dia berbakul-bakul..dia pun sama meluat dgn aku yang buat bodoh time latihan kawad.dia marah aku mula buat muka.tu lah kami diawal pertemuan yang xdijangka..masih ku ingat saat pertama kali bertentang mata ketika dia tiba2 datang mengikat tali boot aku.aku terpana memerhati wajahnya..bagaikan sudah dibuai mimpi..asyik bila orang yang aku suka diam-diam tu mendekati aku..:) bahagia...

"Oke ke x oke tali kasut kau ni..??"

Aku tergagap-gagap menjawap
"Oke tuan.!"

Hahaha..lucu bila diingat balik..hampir seminggu kami menjalinkan hubungan, selama itu tiada siapa pun dikalangan kami yang tahu..knp? Aku terlalu risau jika ada yang kecewa jika tahu jejaka idaman mereka telah aku punyai.sehinggala mereka tahu sendiri..mmg diorg terkejut tapi alhamdulillah belum ad yang mau putus kawan dgn aku..hehehe....

Padang kawad la menemukan kami..padang kawadla saksi cinta kami..padang kawadla yang menyemai benih cinta kami...disitu jugalah kami bersatu.tq padang kawad..hew hew hew! Aku mengimbau kenangan.lalu..rindu dekat dia sebenarnya..:*

Selama kenal dia..aku belajar untuk menjaga makan minum dia,belajar bergaul dengan keluarganya..belajar menjadi dewasa..harus tahu apa yang dia suka apa yang dia xsuka...lagi 3 bulan..masa cepatlah berlalu..aku dah xsabar nak bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatiku..Muhayudin bin Sardianto..inshalah semoga jalan yang kami lalui xdilanda onak duri yang melaampaui batas kesabaran kami..dekatkanlah jodoh kami..jauhkan lah sesuatu yang akan mengecewakan hati kami..aminn


Thursday, 26 December 2013

LONG STORY WITH MY SWEATHEART

Assalamualaikumm..

Da 6 hari kat semenanjung..mmg xterasa begitu lama..sampai je kl terus ke melaka..then ke kelantan...setle je terus ke melaka balik..setle di melaka balik kelantan lagi.n minggu depan nampaknya akan ke melaka lagi..kepala aku pusing-pusing sebab nya aku sekarang terlalu bz kesana kemari..hidup macam pelarian dah...dgn urusan nak kawinnya..urusan kerja lagi nya..perrrggghhh! Aku sudah stress tapi xpe..demi dia yang ku sayang dan inshalah bakal menjadi imam ku dalam beberapa bulan lagi..aminnn..tq tolong aminkan kitorang..hehehehe

Hari jumaat mlm..habis kerja terus berkejar ke KKIA.jalan jam..wuarghh aku risau tertinggal flight..malang sekali naik airasia selalu delay....patot sampai KL pukul 10 tapi pkul 11 sampai..buah hati aku menunggu kat kete tu sampai putus asa..dia ingat aku saja kenakan dia..banyak la aku nak buat mcm tu..kan xpasal plak aku kena batang kaki kat muka.hahahaha...sampai melaka pukul 1 pagi..dan esoknya parents n adik dia ikot kami balik Kelantan..untuk? Ehemmm..merisik :) tq b untuk semua ni..alhamdulillah semua berjalan lancar.tarikh akad nikah semua telah dipersetujui..2hari family b menginap di rumah family aku..hari2 kami berjalan sekitar Kelantan.


Lepastu aku balas kat b cincin lain..ayah aku cakap bagi jgk cincin dekat b sebab nak kitorg selalu ingat satu sama lain..tq ayah..love u ayah :*


Sekarang ni aku telah di booking oleh mr.Muhayudin :* iloveyoudamnmuchb
setle je hal di kampung aku,esoknya aku balik ke melaka bersama keluarga b..sebelum tu singgah di Setapak dulu rumah abang dia.



B sangat comel bila melayan budak-budak..hope suatu hari nanti b jadi bapa yang penyayang untuk anak-anak kami..inshalah..

Petang tu kami bertolak ke melaka...sampai pukul9 kat umah b..pukul 10 b ajak kelua g tgok midnight movie.ajak adik b sekali..wah..dating bawak bodyguard..kih3..movie start pkul12.30 so lepak dulu kat dataran.


Muka dia yang dah mengantok dan penat.movie plak habis pukul3..mmg terbaik lah! Sampai umah terus membuta.pukul 10 pagi baru bngun.tu pun b yang ketuk pintu bilik.kalo x..hmmm...boleh plak tengahari tu kelua lagi g shopping barang kawen.pergghh mmg xreti penat..


Selesai shopping plak..b beli kek untuk celebrate our birthday kat rumah b..jeng jeng jeng..



Tq so much b.i love u gila babi..hehehehe..tapi sume tu xberakhir kat situ je.esoknya b bawak jalan ke Pulau Besar..huhuhu..dating jauh dpd orang ramai :)




Hari tu jugak b belikan kasut sbgai hadiah hari lahir..terkejut lepas pilih kasut, b pun cakap b belanja..yeaaahhh!!!


Actually banyak lagi gambar nak upload tapi line internet macam siput b*** pulak..next time lah..skrg ak kat kelantan..sedih b hantar kat melaka sentral semalam.lepas salam dgn mak b,salam dgn b..terus b tarik tangan aku b kucup..lepastu b pegang muka aku dgn kdua belah tangan..b cium pipi aku..sedih tinggalkan b..xpe..nanti aku kesana lagi..masa masih ada sebelum aku balik bertugas di Sabah.


Thursday, 19 December 2013

KEJUTAN DPD B DI TENGAH MALAM..I LOVE U B

Assalamualaikumm..

Aku rasa nak menangis..terharu! 
Sblm tido tadi gaduh dgn b..b marah.aku sedih bila b marah aku.b jeles ad suara member laki aku kat kem tu.b pk bukan-bukan.aku stress aku melawan cakap b..aku ignore kan b sbb skit aty..pukul 10 b pun cakap...

"B nak tido la syg, pening kepala.."

Aku still marah..aku balas..

"Ok.."

Aku xlena tido..b saja nak lupa birthday aku ni..bia lahh..da la cari cari pasal dgn aku padahal esok ak da nak balik melaka jumpa b..aku sedih..tacing.rasa xdipeduli..nak hantuk kepala kat dinding...!! tiba-tiba pukul 12 sampai msg..

"Hepi birthday syg, semoga dpanjangkan umur, dimudahkan urusan rezeki, moga dirahmati Allah, moga dapat kesihatan yang baik,moga dipermudah urusan dunia dan akhirat,moga ceria dan gembira selalu, moga jodoh kita berkekalan hingga akhirat, b nak minta maaf kay syg dpd hjung rmbut smpai hjung kki b tau b byk sakitkan aty syg,byk susahkan syg, sebenarnya b sayang sgt kat syg, b nak kita hidup bahagia tanpa ganguan, b nak syg jadi isteri b yang sah, jadi isteri solehah, b harap Allah restu hubungan kita...Aminnnn...:)"

"B tahan ngantukn ni taw sbb nak wish tepat pada masa..heee..b harap apa yang kita rancang ni diberkati Allah..moga hbungann kita kekal hingga akhirat..b syg kat syg sgt2 tau..:)"

Dua msg serentak..menitis airmata baca.menangis.terharu..b xlupa.alhmdlillah b masih lembut hati.sungguh aku rasa bahagia yang teramat sekali..untuk b..tq sbb suka buat kejutan.aku tau b syg aku..cuma kdg2 b terlalu ikot perasaan sbb tu b marah2.

Lepas baca msg tu je b call..aku menangis..b cakap knp mngiss..jgnla menangis..lepastu b buat lawak.aku ketawa..aki suh b nyanyi..b nyanyi..lepastu bincang pasal kawen.xlama lagi nak kawen dah.hope smuanya berjalan lancar.aminnn..

Moga perkara yang baik dpermudahkan oleh Allah.kami.merancang dia jua yang menentukan.lepastu sembang sampai kul 1.30..b mengantok..da tertido byk kali..kesian b.ak suh b tido..lepastu..

" syg sgt kat b taw..syg nak kwen dgn b..syg cuma syg b..syg ad b sorang je.syg b selamanya.."

"B pun syh kt syg jgk..nak kawen jgk dgn syg.love u syg...muah muah muah.."

Lepastu b tido..see u malam besok b..wait for me di airport oke.lepastu kita balik bercuti di kelantan dgn family b..hadiah harijadi yang paling bernilai..b bawak rombongan merisik..yeaahhh!!!

Wednesday, 18 December 2013

CUCI MATA DI KUNDASANG, DAERAH RANAU.

Assalamualaikumm :)

Haru kedua melapor diri di negeri Sabah, kami sudah plan berjalan di sekitar daerah Ranau..aku ikot je plan si Jueephine.lagipun dia orang Sabah..daripada Tuaran ke Ranau mengambil masa 2 ke 3 jam.jalan berbukit,berkabus dan dikelilingi gunung termasuk gunung Kinabalu..first time tgok gunung Kinabalu dpd dekat, aku rasa sangat teruja. Aku belum pernah tengok gunung yang secantik tu..mula la plan nak mendaki plak..hehehe...

Kami ke ladang ternakan lembu switzerland, kolam ikan n macam-macam lagila..seharian kami berjalan.perjalanan yanh jauh.beratus kilometer dpd tempat tinggal kami.tapi ia sangat menyeronokkan.kundasang sangat sejuk..lebih sejuk dpd Cameron Highland..mcm mau mgigil pn ada..kabus tebal bila malam.cuma nampak 2kaki di depan je..scary taw..


Lepastu kami kembali ke Kota Kinabalu dan makan seafood di tepi laut menghadap pulau-pulau berdekatan airport..syiookkk..!!


Nah..lepas makan sudah kenyang.jom balik tido..esok.kerja geng :D

PULAU MANUKAN,KOTA KINABALU, SABAH :D


Assalamualaikumm..

Di kesempatan yang ada sambil guling-guling bawah meja ni..aku teringat nak update pasal percutian ke pulau awal bulan baru nie.percutian la sgt kan -_- heheeheehe..kebiasaan bagi kitorang berjalan-jalan bila gaji masuk. Jadi destinasi nya Pulau Manukan di daerah Kota Kinabalu.seharian di sana sangatlah best campur excited..sebelum ni g Pulau Pangkor aku da jejak tapi Manukan lagi best sbb airnya lagi jernih n banyak ikan kat dasar.jadi sampai je kat sana..apalagi..terjun la..!!












Dengan itu rasmilah aku ke satu pulau di Sabah ni.lain kali cari destinasi di Semporna plak ke kan..macam best jee..:) kat sini mmg syok..pulau ni paling besar di kk dibandingkan dgn pulau Gaya,Sapi or Mantanani.

Sweet memori dgn geng pegawai baru di negeri orang..terbaik!

BIRTHDAY CELEBRATE KAT OPIS :)


Assalamualaikumm..

Hari ni 28/12/2013.
Jadi..??lagi 2 hari birthday aku..tapi di celebrate awal kat opis sbb time birthday aku 20/12/2013 nanti aku fly ke kuala lumpur. 2 kali dah celebrate kat opis bulan ni..first with Pengarah Negeri n staff serta pegawai khas meraikan birthday kami yang lahir bulan disember..


Dua biji kek sumbangan staff dengan pegawai daerah Tenom, tuan Posoh. Tq :) xdisangka plak dirai padahal baru lagi bertugas di sini.korang mmg sporting..so masa lunch tadi diorang rancang nak makan pizza bagai..jadi aku dgn pegawai2 aku si ramlan,azim n juee pegi ke 1borneo beli kek secret recipe dgn 6biji pizza hut..makan sampai xlarat nak telan.paling lucu diorang makan mcm takot org lain makan habis..kunyah mcm xbernyawa..xtau la apa jenis pegawai diorang ni.siap cakap lagi.."wei makan la slow.." si juee risau mknan hbis..ketawa  kami...





Ni la pic time lunch tadi.tq kawan sbb sudi celebrate birthdy aku..ni pic dgn pegawai baru je..ada lg pegawai lain dan pemandu yg dtg jugak.balik nanti hope dpt celebrate dgn b kat rumah dgn family aku sekali. Xsabar nak balikkk... :)

Tuesday, 17 December 2013

JOIN KE X JOIN???

Assalamualaikumm..

Wah hari-hari ada poblem..


Nah!! Surat arahan daripada atasan mintak pegawai baru buat persembahan kawad tempur kreatif berirama. Tu dia!! Sempena sambutan hari Rela di Perak nanti..apa masalah di sebalik arahan tu? Bukan sbb aku xmau hitam, tapi ad sbb lain.pertama..sebab tiket flight pergi nanti sendiri punya tanggung..hahaha..baru nak hepi dpt gaji...lepastu masalah kesihatan..

B xmau bagi masuk sbb risau nanti aku sakit lagi..tapi aku teringin nak join.dulu da buat kawad seni kreatif..skrg nak juga kawad tempur yang pakai m16 dgn T baton tu..macam best je...tapi b xbg...n kesihatan aku macam x mengizinkan je nak join..tapi lapor diri tetap kena laporr..

Bila lapor di pusat latihan..paham jela kan pusat latihan.kah kah kah...tunggula nasib disana macam mana nanti..kalau xdidera mmg bernasib baik lah tu..hope nanti jika aku xjoin persembahan tu..aku dapat sumbangkan sesuatu untuk hari Rela di Bagan Datoh nanti..jadi kawalan kehormat ke..kan?? Xdela aku kena susah payah training n ingat step kawad bagai nak gila..hope nanti pape pun aku dpt buat yang trbaik xkira la apa tugas diberi nanti :) keep smile


Ni kawad seni kreatif yang lepas kami buat..simple je..tapi kali ni bunyi nya agak mencabar..kadang-kadang risau juga kalau aku xlarat dipaksa juga.meninggal aku di padang kawad tu..heheheehe..silakan menjamu mata anda <3

Sunday, 15 December 2013

SABAR OKE..

Assalamualaikumm..

Harap hari yang mendatang menjadikan aku kuat..kali ni aku keliru untuk menilai dua insan.siapa yang bercakap benar..siapa yang munafik.aku tidak mahu buat penilaian sendiri..aku hanya berserah kpd Allah.kepada dia aku mengabdikan diri.aku tidak mahu kehadiran aku disalah erti.tuhan tolong tabahkan hati aku di saat aku mulai goyah.di saat kepercayaan ku kpd dia mulai hilang, ko berikan keyakinan itu kembali kepadaku supaya aku meyakini dia.ko jadikanlah kehadiran aku suatu kegembiraan dlm hidupnya..jangan kau jadikan aku derita baginya.aku mohon..kau jadikanlah dia seorang yang jujur, penyayang..tidak lagi panas baran.ko jadikanlah kami sbg mnusia yg boleh bertindak dengan akal yang waras.

TABAHKAN HATIKU YA ALLAH

Assalamualaikum..

Sudah berulang kali aku memohon kepada tuhan moga hati aku tidak tersakiti.tapi kenapa aku sering disakiti walau dalam tidur.daripada dulu aku selalu minpi bukan2.first time aku mimpi dia curang..terus call dia.dia terkejut aku call menangis.dia tenangkan hati aku dgn mengatakan itu cuma mimpi.kali kedua minggu lepas.mimpi dia curang lagi.aku menangis lagi terjaga dari tidur.aku call msg dia bagitau..terus dia call n bagi kawan laki dia bercakap dgn aku yg dia xkelua dgn mana-mana perempuan.baru aku berhenti menangis..tapi hari ni aku mimpi lagi.aku terjaga dari tidur..ku gapai telefon..tapi kali ni aku masih berfikir perlu ke aku call dia.dia peduli lagi ke??sedihnya hatiku ya Allah.ingin ku dengar suaranya yang selalu memujuk hatiku kala begini.Allahu akhbar.adakah ini petunjukmu ya Allah..mimpi yang membawa maksud sama, hari yang sama, masa yang sama dan 3 minggu berturut-turut..apa yang harus aku lakukan saat ini.adakah benar apa yang aku mimpi kan ni ya Allah.kau bantulah aku.jika kau mahu mengambilnya dari ku..kau ambillah tanpa menyakiti hatiku.aku tidak sekuat mana, hatiku bukannya seutuh mana.jangan kau datangkan ujian melampaui batas kemampuanku.

Ya aku menyayangi nya..ya aku perlukan dia dalam setiap nafas ku.aku akui sukar meneruskab hidup tanpanya.semangatku sudah tiada..aku hilang tempat mengadu.aku merasakan hidupku xbererti lagi.

Saturday, 14 December 2013

BELAJAR MELUPAKAN KAMU

Assalamualaikum :)

Hari ini awal pagi lagi hati aku sudah tersakiti.tapi..bila ku pikir, untuk apa aku bertahan kalau sudah tidak punya kemahuan.segala sakit aty aku, kebosanan dan segala cerita yang aku simpan berhari-hari telah aku kongsikan dengan kawanku.biasanya aku akan bercerita kepada dia walau pun hal yang kecil.bila dia menghilang..aku tidak punya tempat untuk meluahkan.xmungkin la aku bercakap depan cermin sendirian.itu gila namanya.

Sekarang pada aku, usah menanti jika dia xmahu kembali..setiap masa aku mencari silapnya, aku mencari kelemahannya untuk menutup segala kebaikannya.tapi untuk apa?? Aku mahu ada satu kebencian untuknya dalam hatiku supaya aku bisa melupakan dia.supaya aku berasa bahawa dia xsempurna untukku. Aku terus mencari apa yg sebelum ini x ku ambil perhatian.apa yang kecil sekalipun aku simpan di dada ku supaya aku mampu menjadikan ia sebagai penutup mata hatiku dpd terus manyayangi orang yang sudah tidak menyayangi aku. Jika hilang kerinduan dihati nya untukku, maka dengan itu juga berakhir sudah segala cinta dan syg untukku apa lagi yang harus ku tunggu??? Cepat-cepatlah aku jauhkan diri.jangan aku terus menyeksa diri dengan org yang xsudi.senyumlah wahai hati..jangan kau merasa kecewa.kecewa itu untuk orang yang telah putus asa.aku xprnah putus asa mencari bahagia dlm hidup aku.aku tidak akan menyeksa hidup ku demi mereka yang kejam terhadap aku.

Friday, 13 December 2013

TERINGAT...

Assalamualaikum..

Moga harini lebih baik dari hari yang lepas..tadi ma call tanya pasal kawen.apa aku mampu cakap, act like nothing happen.aku memang pandai berpura-pura kan?? Sori ma :'( yes aku rindukan dia, tapi xmungkin aku membiarkan hati aku terus tersakiti..aku mencari-cari dimana silapnya. 

Setiap masa ku ingat kenangan manis bersama,ku lupakan yg duka.tapi entah knp intuk yang kali ini begitu sulit untuk aku lupakan begitu saja.

" b buat apa?"
"B tolong mak ni sayang."
"Tolong apa b??"
"Tolong main game syg :)"
"Palotak b..!! Dah dah dah..jgn main game lagi."
"Yelah syg..."

Sambil panggil anak buah dia..
"Nah ko main game ni, makcik ko marah aku."

Lucu la ingat b yang kuat membohong.suka main game...bila main game lupa dunia.game bini pertama dia dan aku bini kedua..heee..

"Sayang, bila kita da kawen..syg da pregnant..b nak sayang baca quran tiap hari."

Aku bahagia jika suamiku nanti begini.meminpinku ke jalan yang lurus.membawa aku ke jalan syurga.

"Bila la nak kaya ni kan b?"
" b xnak jadi kaya, cukupla dengan apa yang ada.b cuma nak mati masuk syurga.xpun paling kurang b xnak masuk neraka."

Setiap masa aku teringat kenangan bersama. Bila bersendiri begini, aku berpeluang untuk menginsafi diri atas ujian yang Allah datangkan kpd ku bertimpa-timpa.sakit itu kan penghapus dosa..jadi sakit di hati ku juga sbg penghapus dosa lali ku..mulanya aku susah nk menerima, tapi waktu ini aku gembira kerana ujian yg didatangkan itu tandanya peringatan dan Allah sentiasa ada bersama kita ketika yang lain tiada.:) tenanglah wahai hati yang sedang berduka, kawal hatimu.
Sungguh aku belum dapat terima apa yg telah kau buat.moga dibukakan pintu hatiku untuk memaafkan kau dan jika kau mau perggi, moga aku melepaskan kau dengan tenang.


Melihat wajahmu memberi aku sejuta kerinduan.saat yg sama ku rasa sakit yg teramat.tapi senyuman yang ku ukir sudah mampu menyimpan seribu duka.tiada siapa yang tahu tiada siapa yang akan mengerti.hanya titisan airmata kadang-kadang xdapat ku tahan. Ada kawan yang bertanya knp...apa yg ku jawab ialah.."diam!!"
Maafkan aku kawan..aku cuma tidak mahu airmataku gugur saat aku menyebut nama nya.
kepada dia, pergilah jika kau mahu pergi dan jika itu caranya untuk membuatmu bahagia. Aku cuma mendoakan yang terbaik untuk kita.aku pun tidak tahu bagaimana kau disana..apakah kau bahagia?? Jika ya, alhamdulillah..biar cuma aku yang merasa tersakiti.apa yang terjadi ada hikmahnya.smile :)

Wednesday, 11 December 2013

PATAH HATI SEBELUM WAKTU..

Assalamualaikumm..

Hari-hari yang aku lalui penuh dengan kesakitan. Sakit untuk cuba memaafkan dia.aku sendiri xtahu kenapa aku susah mahu memaafkan.sudah mencuba tapi benci juga yang mampu aku beri kpdmu saat dan ketika ini.siapa kamu dihatiku?? Itu aku belum ada kepastian.moga Allah tunjukkan jalannya pada masa yang tepat.aku xsuka diperlakukan seperti itu, jadi jangan kamu memperlakukan aku sebegitu. Sekali kamu sayang aku, ku blas dengan berjuta sayang..tapi jika kau mulai menyakiti aku, aku akan mula belajar hidup tanpa kamu..sesungguhnya jodoh itu sudah ditentukan.aku xmahu lagi hidupku dipertaruhkan atas seorang insan.ku punya ibu dan ayah, pikirlah tentang mereka..jangan kau pikir yg lain lagi.

Maafkan aku andaikata aku xmampu lagi menjadi yang kau mahu...aku ingin mencari diri aku.jika kau menghilang..aku cuma mampu berdoa untukmu semoga kau paham apa yang terjadi bukan keinginanku jua.


Selagi cincin yang kita beli sama-sama hampir 3bulan lepas ni masih tersemat dijariku,selagi itulah aku masih belum bersedia kehilanganmu.selagi itu jugalah aku masih punya kerinduan kepadamu cuma aku terkeliru tentang kamu.tentang siapa aku dihati kamu dan siapa dia di hati kamu..:) mmg perkara itu sudah berlalu dan kau katakan kau cuma mencintai aku sbb itulah kau mahu mengahwini aku bukannya dia.tapi jiwa ku masih berkeras dengan tindakanmu..masih sukar menerima kerana bimbang tersakiti lagi.aku diam bukan bererti aku melupakan kamu tapi aku tidak mahu bila aku bersuara..banyak perkara yang kubangkitkan..banyak perkara yang aku mahu penjelasan.itu yang membuatkan aku mengambil keputusan diam sehingga kau dtg kepadaku membawa jawapan kpd setiap persoalanku...:')

RINDU SAMA B

Assalamualaikum...


Sudah minggu kedua kena OT. Lagi untong kalo ada operasi..ngeh ngeh ngeh
Senalam baru sampai kk,harini terus masuk kerja.
Pukul8 mlm sampai kem terus nek bilik.niatnya nak rilex tapi xkesampaian pulak..rasa mau menangis..why why why?? OMG  aku belum kemas bilik la..bersepah sana sini..depan tv tu xpyh ckp la.da mcm dapur..then aku mula kemas siket-siket..bajet mcm rajin la harini :)




Nah ini la rupa bilik aku sebelum dikemas....tengah-tengah kemas tu aku terjumpa satu persatu barang b bagi..aku memang letak barang rata-rata pun.


Aku jumpa spek mata yang b beli kat alamanda, ubat-ubat,kotak hp,minyak angin, cekak rambut,perfume b n baju b..heeehee..byk lg brg b bg tapi aku hilangkan mcm anting-anting.tiba-tiba teringat b..wuuuaaaaaaaaaa. . Menangis air mata darah.rindu nya dengan b.kenapala selalu buat b sedih.b da buat macam-macam nak hepikan aku tapi aku tetap degil..b minta maaf dengan aku tapi aku ego xmau mengalah jugak..kesiannya dekat b..kadang- kadang b menangis mintak jangan gaduh.kenapa aku jahat sangat dengan b..mungkin aku terlalu berhati-hati bimbang ditipu.tapi sekarang aku yakin b serius..b selalu mengalah dengan aku.b sanggup buat apa je untuk aku.

mulai saat ni aku kena belajar menghargai b.aku kena belajar terima b seadanya. Aku pun kena mengalah demi hubungan nie..keluarga kita da sepakat, kita xkan rosakkan kan b?? 
Aku seorang yang memilih teman hidup.yes itu betul.aku pilih b sbgai calon suami aku.sebagaimana aku mencintai kelebihannya, sebegitu jugalah aku harus mencintai kekurangannya.sesungguhnya mmg hanya dialah satu-satunya lelaki yang menyayangi aku sepenuh hati nya.tulusnya hati b xku lihat sebelum ni.aku cuma pandai menilai luaran.aku sudah kenal b..aku tau siapa b..b dah janji xkan ada orang ketiga antara kami.b dah cakap kalau dia xkawen dgn aku dia dah malas nak pk kawen lg lepas ni.tapi kenapa aku xpernah sedar.kenapa aku selalu marah b..aku selalu menyusahkan b..menyakitkan hati b.b lah yang mampu menitiskan airmata saat aku sakit.masih ku ingat b bagitau b lari nak g cari mesin atm nak bayar bil klinik beratus2..dalam hati b tersangat risau akan keselamatan aku.tapi kenapa aku masih xpaham apa yang dah b lakukan.aku sedihhh...bila b xde aku rasa xde separuh dpd jiwa aku.aku xhepi semacam bersama b.b mmg selalu marah, tapi b marah-marah syg..aku xnampak lagi ke apa pengorbanan b.

ya Allah tolongla kau buka mata hati aku untuk lihat kewujudan satu hati yang murni ini ya Allah.tolongla satukan hati kami sebagaimana kau menyatukan hati -hati yang sebelum kami.kau dekatkanlah jodoh kami.kau tabahkan hati-hati kami menanti hari bahagia kami xlama lagi.ujian yang kau datangkan kepada kami, kami terima.tiada ujian yang xmampu untuk kami lalui jika itu sudah satu ketetapan darimu. Aku mohon kepadamu kau limpahilah hidayahmu kepada kami dalam menjalani hari mendatang.

kepada b...syg mohon seribu kemaafan andaikata sudah terguris hati b. Kita mulakan hidup kita sendiri.kita tinggalkan masa lalu kita yang penuh kelukaan tu.kita cipta lembaran baru umtuk masa depan kita bersama.kalau b masih ada sedikit rasa sayang dalam hati b, sayang sentiasa mengalukan kehadiran b dalam hati syg :) b da bawak dtg pelangi dalam hidup syg, syg xnak pelangi ti hilang.hidup syg akan suram..b...sama-samalah kita ubah diri kita.kita lalui liku hidup ni bersama-sama.

sangat sedih malam ni.sembur-sembur perfume b dalam bilik..teringat b yang kuat membebel.owh kemanakah perginya semngatku.datangla balikk...aku perlukan ko untuk mencari kembali bahagia aku dengan kekasih hati aku.


Tuesday, 10 December 2013

cuti-cuti CINTA

Assalamualaikumm

Yeah! Da selamat sampai ke kota kinabalu. 2jam stgh pjalanan amat mmenatkan.dalam flight lama2 sgt membosankan.lps tgok awan..tgok awan lg..hmmm
Cuaca pun xberapa elok,sangat risau sbb lepas b hantar kat airport td b drive balik sorg2.b mengantokk...b gigit jari,tepuk peha sendiri sbb nk hilangkan mengantok..tapi b kuat.b da bysa drive jauh nak ambik hantar aku.b mmg xbg aku naik bas sendiri g melaka.b risau..ingat lagi b selalu call tyme aku naik bas balik kelantqn.b risau ada lelaki kacau aku..muah b!

Selama 4 hari di melaka, niat nya nk smbut birthdy b..tp b agak bz..jd hari ketiga baru ada masa.nk beli kek, tapi dua2 xde sgt mood mkn kek.jadi..beli pizza..yeah mnusia pelik sambut brthdy dgn pizza..pizza n roti adalah hak aku mnakala ayam n spageti hak b.cehhh!! 

Lepastu b belikan hp baru..buat fb n whassap katanya.huhuhu....tq b.nampak sgt b menganjing sbb aku kaki fb.Malam tu plak fon aku jatuh..terus lampu dia padam.alamakkk...tapi fon lama la..bkn fon yg b baru beli tu. Esok paginya b belikan lagi fon baru.yeah..ada 2 fon baru..hehehehe..tq tq b.i love u.

Pegi umah b jumpa mak bapak b..aku bawak buah tangan dpd sabah untuk mak n adik b.sembang dgn mak b panjang2..kacau2 anak buah b..bila nk balik anak buah b lambai tangan.terharu..mak b tunggu dekat pintu..."balik dulu yer mak" b terkejut aku panggil mak.
"Sayangnya aku dekat kauuu!!"
B cakap mcm tu..
"Ko sorang panggil mcm tu dekat mak aku"
B hepi aku pun hepi. Ur mom my mom too :)



Ni gambar lama..huhuhu..terdelete gmbr ptg td.huhu..mesti b marah nanti ni.b nak belikan cincin kapel..tapi b kata bila balik 20hb nanti sambil2 mak b nak g kelantan.yeah!mak b xsabar nak tengok kami kawen..sabar ea mak..hehehe..semoga apa yg dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.mohon jugak org2 yang ada sikap iri hati tu dapat hidayah.aiksss...bolehhh plak perli org..huh..mls nk ckp.spoil mood jeerrr. 

Hmmm....baru smpai kk da rindu b.rindu nak sepak menyepak dgn b..gaduh dgn b sangat melenguhkan urat2 seluruh badan.kikiki..b yg bsuk tp baik hati..terima kasih byk2 jaga syg tyme syg sakit,hbiskan duit beratus2 belikan ubat..menitiskan airmata saat syg sdg sakit.tq sbb ada rasa takot bila tubuh syg lemah dihadapan b.bg semangat..tp syg degil xnak mkn ubat..heee..tq

sincerely by:

Ieyna nasir

Friday, 6 December 2013

I MISS YOU MUHAYUDIN :*

assalamualaikumm

hai hai hai..now aku kat bumi negeri di bawah bayu, Sabah!
sudah sebulan lebih berpisah dgn b, biasa paling lama dua minggu b da dtg ambik putrajaya.sekarang kat sabah, b kena ambik dgn kapal torbang la jawabnya kan..

tapi yang untongnya  b bank in seribu buat beli tiket flight 0_0
xsabarnya nak balik.esok 7hb, birthday b 4hb..so sambut birthday b la nanti..hadiah dah ada 2 bungkus..balik sana nak beli lagi hadiah kat b.bagi b telan hadiah banyak2 kasi kembung siket perut b yg slim tu.

jauh nya jarak dgn b..rindunya.tapi b bagi baju, perfume n macam2 lagila sbb risau aku rindu dia..hehehe
suweett je b nie kan. ingat lagi b datang ke kelantan dpd melaka nak bagitau mak ayah aku dia nak kawen dgn aku.aku paksa dia bgtau sendiri..omg dia bagitau betol2..so taun depan kawen!

b rajin sangat2,kemas kain baju aku masukkan dlm beg, belikan beg baru yang besar boleh muat b sekali, hantar dekat airport.waahhh!! teringat b lambai2 tangan mcm xrela aku pergi jauh..sedihhh..b peluk :')
masa kat sana aku ajak b g pasar wakaf che yeh..tp b ckp mengantok sbb penat drive..aku pun buat2 merajuk..terus b pujuk..b cakap yelah3 jom kita pegi.b bawak kete sambil pejam2 mata.kesian b..hehehehe

b bawak g umah b. terus mak b tanya korang bila nak kawen.act nak kawen bln 3 tp bapak b kata tarikh xelok.mak b plak suh kawen bln 12 ni..mak aku plak yang shock..kihkihkih..last2 buat bulan 5 jela..lagipun b the only one bakal menantu lelaki,so mak aku nak buat bagus2 siket la..

alamaaakk...aku rindu gila kentang dengan dia. sekarang dia bz aku pun bz..so da xbyk masa nak gayut tp b still cari masa nak gayut..kadang2 b tertido.aku call balik terus b menggelupur tekejut.padan muka b..hahaha..b yang sweett i miss u.. i miss ur chocolate..tiap kali hantar balik mesti b beli coklat. i miss ur flower..:*




b yang suka kencing aku..aku ni kadang2 lurus bendul.so b senang je mainkan aku.aku plak percaya..hahaha
lepastu kena gelak dekat b.
20hb ni flight balik semenanjung lagi..mak suh bawak menantu dia balik kampung lagi.
b cakap nak belikan hp baru untuk aku, tapi aku mengada2 nak tukar dgn note 2 b tu..mula2 b xmau bg..bila aku merajuk terus dia nak bg..tapi aku gurau je..kalau b nak bg betol2 apa salahnya -_-

waahhh..panjang..malas nak taip.lagipun kat opis.membazir duit kerajaan namanya.bye2