Followers

Monday, 30 December 2013

AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikumm..

2013 akan melabuhkan tirai beberapa jam lagi..post yang terakhir untuk tahun ni,mungkin...2013 penuh dengan kenangan suka dan duka bakal berlalu pergi..tahun 2013 yang sangat bermakna. Banyak perkara penting telah aku lewati...banyak keputusan tentang hidup juga telah aku lakukan. Pada awal tahun aku bergelar siswazah Uitm Seri Iskandar dalam jurusan bangunan semester ke 4. Ketika itu masih bergelumang dengan drawing, plan, site, model dan jugak studio. Saat yang terasa berat nak ku lewati walaupun tinggal lagi 2 semester..

pada bulan 6
Terima surat pelantikan dalam goverment..teruskan belajar atau kerja? Dilema menghantui aku selama 2bulan..keboringan bergelar siswazah membuat aku mengambil keputusan untuk menarik diri dpd pengajian. Masih tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia menjadi penjawat awam.memikul tugas kepada negara. Namun sokongan dpd keluarga dan teman mendewasakan aku.di usia 20 tahun aku adalah pegawai kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.



Berbaggakah aku dengan jawatan dan pangkat yang aku ada? Tidak sama sekali..aku masih merasa aku di bawah.perlu belajar banyak perkara.tugas yang dipikul bukan main-main.lantaran aku ditempatkan di salah sebuah daerah yang termasuk dalam pertubuham keselamatan(ESSCOM) yang ditubuhkan semasa krisis di Lahad Datu. Cabaran di awal penugasan kadang-kadang menggoyahkan aku.bagaimana aku akan hidup di negeri orang dalam keadaan penuh dengan kekalutan.alhamdulillah setakat ni aku lalui dengan tenang.

Di penghujung tahun 2013
Aku harus bersedia bergelar isteri orang. Sesuatu yang aku xjangka..aku menjangkakan akan mendirikan rumahtangga di usia 23 tahun ke atas. Ketentuan darinya..aku terima dengan hati terbuka andai jalan itu yqng terbaik untuk hidupku.terima kasih kepada si dia yang menerima aku seadanya..memberi semangat ketika aku lemah.menjadikan aku kuat si saat ingin tersungkur.

Maka tamatlah tahun 2013 dengan pelbagai peristiwa.diharap tahun 2014 menjadi tahun yang penuh makna.azam aku tahun 2014 nak realisasikan impian kami untuk bina masjid.moga urusan dipermudahkan Allah.

Aku juga berharap semoga selepas kawin nanti aku dapat dipindahkan ke semenanjung.sudah tidak mahu berpisah dengan suamiku..sbg isteri aku harus menjalankan tugas aku menjaga suamiku.jika jarak terlalu jauh bagaimana tanggungjawab itu akan terlaksana.harap pengurusan tertinggi dapat memberi pertimbangan nanti..-_-

Harapan yang ketiga, aku nak cahaya mata.aku terlalu geram bila tengok kawan-kawan aku sume tengah pregnant.ak xsabar nak dapat baby..nak tengok camana rupa baby aku nanti.xcitedd!!tapi sblm tu kna kawen dulularr..

Satu lagi..lepas kawen n lepas dapat pindah semenanjung..aku nak beli kereta..tu perancangan je.lau ada rezeki, alhamdulillah.dapatla aku bergerak tanpa menyusahkan si dia..tanpa menggangu waktu kerja dia..hehehe

Itu jela harapan aku..my future mom-in-law da panggil suh mandi..hehehehr..ak belom mandi dpd pagi tadi.kantoi..

No comments:

Post a Comment