Followers

Friday, 27 December 2013

CINTA PADANG KAWAD :*

Assalamualaikumm..

Da masuk hati kedua kat kelantan..lagi 3 hari akan bertolak ke Melaka lagi..apa nak jadi..sudah ditakdirkan aku ke hulu ke hilir mcm ni..hahaha..sabar ajella.

Dalam 2 hari aku kat rumah ni..banyak benda xdijangka telah terungkai satu persatu.kenapa harus begitu..?? Walaupun penjelasan diberi..tetap aku rasa x logik..tapi xpe, bukan benda besar pun.aku maafkan..aku sayangkan dia.lepastu satu lagi kekeliruan muncul..ak mintak penjelasan dengan setenang-tenangnya..oke..sudah jelas apa yang kabur.

Aku biarkan je apa yang menggangu fikiran aku berlalu pergi.pada aku ini dugaan..hanya yang kuat mampu tepis sebelum bertemu destinasi..sungguh aku xsabar menanti hari bahagia kami xlebih 100 hari lagi dari skrg.persiapan sudah dilakukan sikit-sikit agar xberlaku kekalutan memandangkan aku berjauhan beribu kilometer dpd dia..lautan memisahkan kami.namun azam kuat dihati kami agar apa yang kami impikan selama 3 bulan sebelum ni menjadi nyata..first day mesej dgn dia aku masih ingat..dia sudah melamarku..langsung xada perkataan berbunyi"sudi x jadi kkasih hati sy" tapi berbunyi begini..
"Awak nak kawen dgn saya x?"

Sudah 3 bulan berlalu..xdisangka orang yang paling aku takut..paling diminati di pusat latiham oleh peserta kursus masa tu tersangkut dengan aku..facebook lah pembuka bicara cinta kami..aku sudah lama terpaut hati pada dia tapi aku lupakan hasrat tu sbb dalam fikiran aku berkata " kau jgn berangan nak berteman dgn dia, ramai lagi awek cantik tergila kat dia, dia terlalu sempurna untuk kau."
Ayat tu la aku katakan tiap kalo hati aku merintih menginginkan cintanya sehingga aku akur untuk memilikinya..

Aku suka bila diantara ramai-ramai jurulatih ketika tu, cuma dia sorg je turun ke surau solat berjemaah bersama peserta kursus.dia dgn solat seakan tiada pemisah..di hutan sekalipun..dia tidak pernah abaikan solatnya.itulah lelaki impianku..supaya dapat membimbing aku.di mata ku dan juga beberapa lagi awek2 seangkatan dgn aku, dia sangat sempurna.daripada rupa paras sehingga lah ke ibadatnya..ketegasannya sangat menakutkan aku.tapi xku sangka hatinya sangat lembut.bisa terguris hanya dengan kata-kata.

Aku tidak pernah membayangkan dapat bersama dia walaupun sekadar teman rapat.tapi hari ni..aku dgn dia sedang berjalan bersama menuju gerbang perkahwinan.inshalahh..semoga dipermudahkan.

Dulu aku mengagumi setiap gerak geri nya,memerhati nya dalam diam..kadang-kadang aku termalu sendiri bila hampir terkantoi..hehehe..aku dgn nya dulu bagaikan xsehaluan.dia jurulatih aku peserta..aku seringkali di jerkah diherdik dan diperbodohkan..hehehe..dalam hati aku menyumpah kat dia berbakul-bakul..dia pun sama meluat dgn aku yang buat bodoh time latihan kawad.dia marah aku mula buat muka.tu lah kami diawal pertemuan yang xdijangka..masih ku ingat saat pertama kali bertentang mata ketika dia tiba2 datang mengikat tali boot aku.aku terpana memerhati wajahnya..bagaikan sudah dibuai mimpi..asyik bila orang yang aku suka diam-diam tu mendekati aku..:) bahagia...

"Oke ke x oke tali kasut kau ni..??"

Aku tergagap-gagap menjawap
"Oke tuan.!"

Hahaha..lucu bila diingat balik..hampir seminggu kami menjalinkan hubungan, selama itu tiada siapa pun dikalangan kami yang tahu..knp? Aku terlalu risau jika ada yang kecewa jika tahu jejaka idaman mereka telah aku punyai.sehinggala mereka tahu sendiri..mmg diorg terkejut tapi alhamdulillah belum ad yang mau putus kawan dgn aku..hehehe....

Padang kawad la menemukan kami..padang kawadla saksi cinta kami..padang kawadla yang menyemai benih cinta kami...disitu jugalah kami bersatu.tq padang kawad..hew hew hew! Aku mengimbau kenangan.lalu..rindu dekat dia sebenarnya..:*

Selama kenal dia..aku belajar untuk menjaga makan minum dia,belajar bergaul dengan keluarganya..belajar menjadi dewasa..harus tahu apa yang dia suka apa yang dia xsuka...lagi 3 bulan..masa cepatlah berlalu..aku dah xsabar nak bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatiku..Muhayudin bin Sardianto..inshalah semoga jalan yang kami lalui xdilanda onak duri yang melaampaui batas kesabaran kami..dekatkanlah jodoh kami..jauhkan lah sesuatu yang akan mengecewakan hati kami..aminn


2 comments: