Followers

Friday, 13 December 2013

TERINGAT...

Assalamualaikum..

Moga harini lebih baik dari hari yang lepas..tadi ma call tanya pasal kawen.apa aku mampu cakap, act like nothing happen.aku memang pandai berpura-pura kan?? Sori ma :'( yes aku rindukan dia, tapi xmungkin aku membiarkan hati aku terus tersakiti..aku mencari-cari dimana silapnya. 

Setiap masa ku ingat kenangan manis bersama,ku lupakan yg duka.tapi entah knp intuk yang kali ini begitu sulit untuk aku lupakan begitu saja.

" b buat apa?"
"B tolong mak ni sayang."
"Tolong apa b??"
"Tolong main game syg :)"
"Palotak b..!! Dah dah dah..jgn main game lagi."
"Yelah syg..."

Sambil panggil anak buah dia..
"Nah ko main game ni, makcik ko marah aku."

Lucu la ingat b yang kuat membohong.suka main game...bila main game lupa dunia.game bini pertama dia dan aku bini kedua..heee..

"Sayang, bila kita da kawen..syg da pregnant..b nak sayang baca quran tiap hari."

Aku bahagia jika suamiku nanti begini.meminpinku ke jalan yang lurus.membawa aku ke jalan syurga.

"Bila la nak kaya ni kan b?"
" b xnak jadi kaya, cukupla dengan apa yang ada.b cuma nak mati masuk syurga.xpun paling kurang b xnak masuk neraka."

Setiap masa aku teringat kenangan bersama. Bila bersendiri begini, aku berpeluang untuk menginsafi diri atas ujian yang Allah datangkan kpd ku bertimpa-timpa.sakit itu kan penghapus dosa..jadi sakit di hati ku juga sbg penghapus dosa lali ku..mulanya aku susah nk menerima, tapi waktu ini aku gembira kerana ujian yg didatangkan itu tandanya peringatan dan Allah sentiasa ada bersama kita ketika yang lain tiada.:) tenanglah wahai hati yang sedang berduka, kawal hatimu.
Sungguh aku belum dapat terima apa yg telah kau buat.moga dibukakan pintu hatiku untuk memaafkan kau dan jika kau mau perggi, moga aku melepaskan kau dengan tenang.


Melihat wajahmu memberi aku sejuta kerinduan.saat yg sama ku rasa sakit yg teramat.tapi senyuman yang ku ukir sudah mampu menyimpan seribu duka.tiada siapa yang tahu tiada siapa yang akan mengerti.hanya titisan airmata kadang-kadang xdapat ku tahan. Ada kawan yang bertanya knp...apa yg ku jawab ialah.."diam!!"
Maafkan aku kawan..aku cuma tidak mahu airmataku gugur saat aku menyebut nama nya.
kepada dia, pergilah jika kau mahu pergi dan jika itu caranya untuk membuatmu bahagia. Aku cuma mendoakan yang terbaik untuk kita.aku pun tidak tahu bagaimana kau disana..apakah kau bahagia?? Jika ya, alhamdulillah..biar cuma aku yang merasa tersakiti.apa yang terjadi ada hikmahnya.smile :)

No comments:

Post a Comment