Followers

Sunday, 7 December 2014

BIRTHDAY VS PRESENT


Assalamualaikum :)


Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to biey ^__^
 4/12/14 genap usia si suami 26 tahun! Masa tu hari kerja,xdapat balik Melaka. Jadi plan aku mcm biasala kan. Awal2 aku book kek untuk biey n suprisekan dia kat opis.

Skrg kan semua online jer.whasap je keje jalan terus! Weekend nya barulah biey dtg kat Nilai ni..temankan aku kat umah sbb member2 semua keje. Bila dia ad okayla sikit ad kawan bersembang.

Papepun syg nak wish:

1: semoga panjang umur murah rezeki selalu.
2: semoga dipermuadahkan urusan dunia & akhirat.
3: jadi suami & ayah yg penyayang.
4: jadi anak yg xpernah lupa kat ibu bapa & keluarga


Ni kali kedua aku celebrate birthday biey walaupun kami berjauhan.xdela jauh mana pun sebenarnya dibandingkn tahun lepas :D 

Hadiah birthday dia yg paling bermakna,tahun depan jd ayah...happy sungguh dia.selalu dtg melawat skrg.ckp2 dengan baby..hehehe...lawak pun ada. Mak mertua pn selalu masakkan laksa kegemaran aku bila balik Melaka. Sayang sungguh dia sampai ckp "2minggu ko xbalik mak siap mimpi ko balik Ina"  heheehe

Untongla kan dpt Mak & Bapak mertua yg sporting nie. Thanks b sbb jd my hubby! Happy ad family yg cmni.
Kbai

Tuesday, 4 November 2014

TRIP JKDM KLIA TO CAMERON HIGHLANDS


Assalamualaikum..

Skrg jam 1:54 dah.aku baru je sampai rumah.memandangkan da berjam lelap dalam bas,aku da xlena tido dah skrg.harini selesai 1trip yg memenatkan.jam 6:30 pagi kami bertolak dpd kuarters KLIA ke Cameron Highlands bersama datuk pengarah & isterinya datin Noraimi.seriously diorang sgt2 baik blh buat kawan :p

Memandangkan weekend n hujan,So perjalanan kami sedikit lewat.sampai2 je terus ke Taman Agroteknologi Mardi kat Tanah Rata.xsempat pusing semua dlm tu sbb trip kan kejar masa.lagi2 balik hari cmni.




Pusing2 dalam ni,mata dan hati da tertarik dengan bunga2 kt sini.apalagi...aku belila sepohon pokok yg nmpak unik dimata aku & jarang jumpa diluar sana.aku nie mmg pncinta alam semulajadi. Lagipun pokok kat sini murah dibandingkan dengan tempat lain.berkali ganda murahnyaa...aku pn xpernah puas shopping kat Cameron even ni kedatangan aku yg dah lebih 10x OMG !!! 
Ada yg pelik kenapa aku selalu dtg sini,xbosan ke xboring ke? Nah aku kasi jawapan nya..sbb aku suka dengan bunga2 yg ada  kat sini.blh beli berkilo2 berlori2 kalo nak dgn harga yg jauh berbeza.


Ini kebun strawberry! Dengarnya kepunyaan datuk pengarah Kastam nie.sejauh mana kebenarannya xdpt aku nak sahkan.apa yg paling penting kami dpt makan strawberry fresh terbaik dari ladang PERCUMA :) 


Seharian kat sini,da 4 cucuk strwbery coklat aku telan.oppss...aku kunyah dulu yer sebelum telan.singgah plak shopping kat pasar malam d Brinchang. Lokasi yg mesti aku singgah setiap kali dtg.sebab aku nak beli asparagus goreng yg manis tu.klau korg nak rasa blhla singgah sini jugak.delicious!  Kat sini sekali lagi aku terrbeli lagi pokok bunga..kalini aku beli pokok bunga ros kaler peach!oppppsss maafkan sy encik suami sbb terboros disini :D 

Selesai berperang di Brinchang,singgah lagi di Rose Center. Sempat lagi aku pegi beli bantal yg ada kepala bear yg pakai cap strawberry.lucu betol mcm budak2 plak.hujan lebat pn aku menyempat lg beli mcm2.kat rose center ni or mana2 yg tempat jual bunga segar..diorg akn ckp yg bunga tu dah diawet.blh tahan 3 tahun...baik korang jgn percaya sgt.xsampai 3 hari da arwah bunga korang nanti.conclusion dia,dia xawet.bunga tu masih bunga yg korg nmpak kat shopping2 complex tu.akan mati bila smpai masanya :3


Trip ni dianjurkan Persatuan Wanita Kastam KLIA. Dengar2 next trip ke Shenzhen, China. Tahun lepas dah ke Korea. So sawitt kalo kalini nye trip aku dapat ikot :) bolehla Encik suami bekalkan aku duit satu guni buat belanja sana hahahaha...kalo ada rezeki dapatla jejakkan kaki kesana.ad rasa takot sikit nak ke oversea selepas pristiwa pesawat MAS. :') 

# rasa sangat enjoy dapat perabis duit laki hhahahaha















Friday, 24 October 2014

BERJALAN SAKAN :3

Assalamualaikumm

Sempena Deepavali semua yg keje opis hour opkosla cuti kan? So..awal pagi semua still membuta. Malamtu semua pakat tido umah kak sue.jam 11 pagi baru bangun,terus balik umah Mandi,cuci pakaian & bersihkan akuarium ikan yg b belikan tu ^__^
.jam da pukul 3 tapi kami xgerak lg klua.Kat lua masih hujan sambil tunggu zimah xbalik lagi.last2 pukul5 baru gerak..menuju ke Morib, Banting.






Lepas ke Morib, kami semua ke Putrajaya plak. Saja buang masa :3


Kereta kesayangan di bawah sinaran lampu..wakakaka...kereta yg berjasa..first time lepas kawen aku rasa cam terbang bebas dapat kelua enjoyyy dengan kawan-kawan.
Next week ke Cameron Highlands and next next week lg ke JB plak.rindu cik suamila nanti xdpt jumpa :')


Monday, 20 October 2014

TRIP TO PORT DICKSON AGAIN..

Assalamualaikum

Nak throwback masa cuti raya.xbalik Kelantan pun,raya d kampung suami Melaka :) gilir2 la kan.so sehari sebelum raya,aku & husband mucuk2 aku gerak ke Port Dickson! Time untuk kami rehatkan badan dan rehatkan minda! Kalini aku surprisekan dia plak. Selama aku bersama dia,aku ckup tau citarasa dia..apa dia suka apa dia xsuka.yg aku paham sesangat,dia CEREWET orangnya.tapi alhamdulilah b suka tempat yg aku bawak dia nih ^__^


Here we go! Mana cik b xsuka kalo dpt berendam puas2 dlm blik,katil queen ad dua plak tu satu bilik.siap cop2 katil lg kami.mcm budak2 kan? Mmg luas bilik dia..mmg terbaikkkk pilihan isteri mu wakakakaka...taste aku lain mcm sikit.aku akan bercuti bila aku rasa aku blh dptkn servis hotel yang bagus & dgn keadaan kwangan aku.klo stakat g saja2 mginap ala kadar aku xsuka sbb xde feel org kata.melampau jugakkn?xpe aku xkutip duit org.hasil titik peluh aku kerja walaupn xde pgkat tinggi tp rezeki Allah dah tetapkan :) 




Suka sangat2 bila dia happy.semoga kebahagian ni berkekalan smpai bila2. Boley plak terlelap time tgh menaip 0__o penat samgatla nie..adeyyhhh...

So sweet u know sbelum balik bekerja dia belikan aku bungaa.


I love u so much b! 



SWEET HUSBAND I LOVE YOU

Assalamualaikum ^__^

Winkk winkk winkk 
Lama xmenaip..aku xtipu aku busy sangat2 dekat opis n kerja luar opis.balik2 rumah terus nak lelapkan mata.kadang2 masa drive balik keje pn blh terlelap..punyala penat masa drive pn blh terlelap. hahahaha...tiap jumaat lps hbis kerja trus shoot ke Melaka. Isnin ke Selangor balik. Tulah rutin mingguan aku..nasib baik ada husband yang paham penat aku.selalu picit kepala aku yg selalu pening.bertuahnya rasa bila suami sayang :) Ada 1 day tu, aku balik ke kem dia.dia ckp "syg,b Ada belikan hadiah.ni jela b mampu" sambil tunjukkn aku 1 bungkusan yg luarnya berbalut surat khabar.sebak mulanya...

Bila aku bukak,lapisan kduanya ketiga keempat berbalut kertas warna.setiap lapisan ad tertulis beberapa ayat.aku makin heran.apa helah dia nie...bila aku bukak last dlm tu ada hp case warna hijau.b cakap lg "ni jela b mampu,cuba syg masukkan hp syg muat x?" Jelas2 aku tau hp aku lg kecik dpd case tu.aku makin hairan.aku ckpla xmuat.apa dia ckp? " maafla syg b xtau ukuran hp syg,nti b pegi tukar ea." Sedih plak rasa.lpstu terus dia suruh aku pegi jemurkan pakaian dia.seriously dia xpnh sklipun suruh aku jemur pakaian dia mklumla kami xsbumbung.tanpa syak apa pun aku buat jela.siap je aku masuk bilik lg..

"Syg cuba syg pakai double tape lekatkn hp syg dgn case tu"
&$($;$8$!$))@!: bia betik b nih! Aku ckpla mana blh b nti jtuh.dia suruh jgk aku lekatkan.aku ikot jela.da pgg tape n hp,sekali bukak case ad hp lain kt case tu.aku mulanya pikir tu hp Samsung note dia.aku tgok lg skli,aik bukan note tp Lenovo.aku tgok wrna putih.terus aku pandang b,aku peluk dia kuat2.terharu,dia belikan aku hp baru rupanya sbb hp yg aku pkai tu pecah skrin jatuh atas jalan. Omaigooddd omaigodddd thanks b untuk this surprise.u re the only one sweet husband :*


Thursday, 25 September 2014

THROWBACK SAAT-SAAT MANIS


Assalamualaikum :)

Harini kalo dikira-kira da setahun 1bulan tempoh perkenalan kami. N genapla setahun tempoh kami bercinta cintun ni.genap jugakla 5bulan 23 hari kami bergelar suami isteri.bukanlah mudah untuk lalui tempoh masa ni.bahagia perlukan pengorbanan & alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

NIlah moment diawal perkenalan yg aku masih simpan. Saat pertama kelua dating. Malu-malu biawak komodo pn ada. Saat aku bwk dia balik kampung jumpa family.saat shopping barang nikah. Saat bersiar-siar. ^__^ semuanya indah untuk dikenang.


Saat-saat kami dinikahkan 03/04/2014. Saat yang kami nantikan yang ahli keluarga kami nantikan :) alhamdulillah malam tu selamatlah kami sbg suami isteri.di usia 21 tahun aku bergelar isteri kpd Muhayudin bin Sardianto



Keesokannya 04/04/2014 kami diraikan oleh ahli keluarga,sanak saudara & kawan2 serta jiran2. Perkahwinan bukan je penyatuan dua jiwa tapi jugak penyatuan dua keluarga yg berbeza adat dan budaya (kelantan + melaka)



Selesai majlis bersanding,acara potong kek plak.alamakk...xde gambar kek la..hehehehe
Banyak sgt gambar aku nak upload sampai lupa dekat kek tu.syukur encik suami hepi sgt walaupn penat buat persiapan untuk majlis kami ni.tenkiu family n kawan2 yg membantu.


Dua hari lepas majlis tu,ada lagi photoshoot outdoor.haish macam2 lah kan aku nih.xhabis2 dengan bergambar.biasala sekali dalam hidup mesti nak rakam moment2 terindah.maaf ea biey kalo penat renyihhh :D





Tenkiu kawan-kawan yg datang bawak hadiah,hadiah dari org sabah pun ada jugak. Xterkira banyaknya smpai xboleh letak dlm bilik,kena letak kat depan pelamin je.
Seminggu kemudian majlis sebelah lelaki plak di Melaka.waah!! Penat belum habislaaa...




Seharian lagi kami kena renyih sepenuh hati kuang3..
Besoknya kami flight ke Sabah.jeng jeng jeng....lalalalala


Pic kami selepas kawen.still romantic cam biasa kan?mohon jeles :p
Masih selalu nak pakai bju kaler sama,selalu mesra,paling penting selalu hepi ^__^



Walaupun dah kawen,da sibuk n jumpa seminggu sekali..
Hubungan kami diserikan dengan surprise jer!bila aku balik aku belikan dia buah tangan & hadiah! Dia pun sama.bestnya bila balik kekadang ni,semua yg kita minta mesti dia penuhi.
Nilah kehidupan kami n jalan yang kami pilih untuk lalui bersama! 
Harapan kami semoga hubungan ni berkekalan sehingga ke syurga.amin :)






Sunday, 21 September 2014

MAJLIS TAMAT LATIHAN PEGAWAI KASTAM & PEGAWAI KANAN KASTAM

Assalamualaikum ^__^
11/09/2014 maka berakhirlah penantian kami selama 3 bulan. Tempat posting da tau.ad  yang hepi,ad yg berganda-ganda hepi xkurang jgk yg bersedih.apa pun keputusan yg dibuat,sbg penjawat awam yg bersedia memikul tugas2 diamanahkan,kami harus redha!

Seawal jam 6:30 pagi,semua da siap bkumpul.siap sedia untuk perbarisan masuk padang.pikir2 la jam berapa kami bangun.sarung kasut je dah 15minit.
Pagi yg penuh bersemangat,mak ayah suami datang nk tengok.jauh ayah aku dtg walaupn kurang sihat.rasa seakan nak menitiskn airmata sbb terharu.

Harini juga aku antara 16 orang penerima anugerah.
Anugerah peserta terbaik kategori kawad kaki :) senyum sampai ketelinga boleyy x?
Berkat doa seorang suami yg selalu mendoakan kejayaan aku.alhamdulillah keredhaan suami juga tangga ke arah kejayaan. Mak dan ayah! Kamu selalu dihati.walau kita terpisah jauh,kasih dan sayang xkn pernah berubah.tq jgk mak n ayah yg selalu mendoakan kejayaan anak-anakmu :')


Ni lah wajah kami penerima anugerah.
Aku yg paling hujung, aku yg pertama naik pentas ambik anugerah dengan timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Dato' Matrang.





Yang berempat ni roomate aku. 3 orang kelantan,sorang org Jasin Melaka.
Xtersengaja kami ditempatkan dalam 1bilik,kebetulan jer. Diorangla tempat mengadu & tempat bergusti. 3 org dpd kami dipostingkan ke KLIA n ketiga2 nya juga ditempatkan di bahagian GST.alamatnya kerja kerasla kami nanti.sorang lagi plak dihantar ke Johor.



Sekarang da selamat melapor diri d KLIA. Semoga dapat memikul tugas yang diamanahkan dengan baik. Alhamdulillah dipostingkan xjauh dpd suami.tiap minggu ulangalik Selangor-Melaka. 

SELAMAT BERTUGAS



BBQ & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI KASTAM

Assalamualaikum. 

3hari lepas dinner, kami anjurkan lagi satu majlis di kolam renang. Majlis meraikan perpisahan antara kami selepas 3 bulan berkampung di AKMAL Melaka. Lepasni masing-masing ad tugas sendiri. Entah dimana kami dihantar? Xde sape tau ^__^

Bertemakan santai ..balun ajela pakai apa pun.
Mekap semua pn ala-ala dinner GLAM&GLITZ haritu..hahahahaha..malam ni kami jemput khas jurulatih2 kawad,renang,penyelaras & timbalan pengarah AKMAL.
Semua enjoy menyanyi menari tepi kolam.yg mak org Bapak org tetiba jd cm org bujang.hehehehe...









^__^ last event kami d AKMAL.Lepsni preparation untuk Majlis Tamat Latihan plak!
Good luck semua! I will miss uollssss :*

Saturday, 20 September 2014

DINNER PEGAWAI KASTAM GLAM & GLITZ

Assalamualaikum :)

Da lama xngedate.sibuk sgt seriously!
Awal bulan 9 peserta kursus asas pegawai Kastam & pegawai kanan Kastam ada anjurkan dinner bersama pengurusan tertinggi Kastam.
Tema dia Glam & Glitz (biru/gold) rasanya muka kami pn da nk gold hehehehe
Banyak sangat persembahan nyanyian, pertandingan karaoke, flash moob ala-ala Hindustan, tarian, silat & mcm- mcm lagilah ^__^


Ni lah dia pentas yg dihias cantik.sape yg kawen & nak bersanding sekali lagi dialu-alukan.
Malam ni masing-masing xdpt cam muka kawan.makeup semua ala-ala nk terima anugerah bintang popular dengan baju yg vouge gila babi.sampaikan aku terlupa aku kat mana :D






Ini ajela gambar yg ada.xmenyempat nak bergambar. Pintu masuk pun da ad cameraman entah dr celah mana kejenya ambik gambar tetamu sorang2.layankan ajelaaa..-__-
Dinner tamat pukul12 & semua masuk tidoooo..esoknya kawadd
LAYANKAN AJEEE :)

Sunday, 7 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 57

Assalamualaikum ^__^

Tahun ni berpeluang lagi menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan tapi dekat Dataran Pahlawan,Bandar Hilir Melaka. Tahun lepas dah join dekat Dataran Merdeka mewakili RELA.teringat plak saat2 pertemuan dengan encik suami.tapi tahun ni da tukar jabatan dah. Kalini mewakili Akademi Kastam Diraja Malaysia plak..



Sempat lagi kan aku mekap nak berkawad pun.cehh! Bak kata aku sendiri,penampilan haruslah dijaga lagi2 depan suami.heheehehe..adala 3km kami kawad dpd dataran pahlawan hinggala stadium hang tuah..


Antara 190 peserra yang berkursus, hanya 40 orang je yang terpilih untuk perbarisan kat Melaka. Lagipun kami bertanding dengan badan beruniform lain seperti penjara,bomba,jpam.alhamdulilah dengar2 kami dapat no 2,tempat pertama jadi milik Akademi Laut Malaysia(ALAM). 

Papepun kami enjoyyy sangatt!