Followers

Tuesday, 14 January 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH

Assalamualaikum

Syukur kepadamu ya allah kerana mengembalikan dia kepadaku. Kembali nya dengan banyak perubahan. Cinta kami atas nama Mu. Semoga kau memanjangkan jodoh kami, teguhkan kasih sayang antara kami, kuatkan keimanan kami supaya terus beramal kepadamu. 

Ujian yang kau datangkan bertubi-tubi telah kami lalui dengan tabah walau kadang-kadang airmata kami menitis menandakan peritnya untuk dilalui. Beberapa bulan lagi, ya allah kau kabulkanlah permintaan kami untuk mendirikan masjid berpaksikan cinta kami kepadaMu. Kau lindungilah kami dpd perkara yang menggugat hati-hati kami. Sesungguhnya kepada engkaulah kami memohon.

Kami bukanlah manusia yg sempurna, kami berharap dengan pernikahan kami nanti akan saling menyempurnakan kami. Biarlah kami saling melengkapi. Jauhnya jarak kami xkan pernah menghalang usaha kami untuk menghalalkan hubungan kami seandainya kau izinkan ya allah.

Semoga aku menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata suami ku. Menjaga harta dan maruah suamiku, melahirkan zuriat yang soleh dan solehan. Kau permudahkan ya allah. Kami tidak mahu lagi kecewa seperti masa-masa lalu kami. 

Apa yang dah berlalu kami anggap sebagai pengajaran. Kami ingin memulakan hidup kami berlandaskan nama Mu. Jangan kau biarkan hati kami lalai walau seketika.lindungi kami dari hasutan syaitan yang dilaknat.



Kepada encik tunang tersayang..sabarlah menanti masa untuk di ijabkabulkan.jika tertulis nama kita bersama maka akan bersama juga kita di penghujung biar pun banyak onak duri melintasi kita..anggaplah semua nya svg ujian buat kita.jgn cepat melatah dengan ujian.kita kena kuat..kita kuat kan?? Inshalah semoga selamat semuanya..aminn

No comments:

Post a Comment