Followers

Thursday, 1 May 2014

TERHARU :')


Assalamualaikum

semalam punya citer bila aku buang tebiat :3
macam-macam aku soal cik b tu
hehehehe..dpd pagi sampai ke malam, bila b tanya " sayang ni da kenapa?"
aku jawab " b jangan tanya, sayang jadi polis harini"

lepas aku soal tu aku cerita la sebab-sebab nya. apa cik b cakap?
"umm da agak dah, kalo menyoal ni mesti ada yg dia xpuas aty"
huhuhu..xpe, menyoal untuk tahu kebenaran dan keikhlasan. mengelakkan tuduh menuduh kan.

lepastu semalam aku buang tebiat lagi cakap mengarut.
sampai b pun ter mengarut cakap bukan-bukan dekat aku..huuhuhhu
lepastu b mintak maaf salah cakap.
aku saja ambik kesempatan merajuk..bla bla bla aku punya membebel.
sampai b call aku xnak angkat( merajuk konon )
lepastu b suruh angkat, katanya nak bincang. wah! first time dia bersikap mcmtu.
ajak bincang elok-elok, kalo biasa..pang pang pang mcm peluru sesat dia join aku mengamuk.

" sayang nak b buat apa? sayang bagitau cepat.lepasni b xnak dengar dah syg sebut-sebut lagi"
gitula b cakap..lepastu aku cakap la apa yang aku nak dia buat.
lepastu dia cakap " oke b buat, esok jugak b buat,oke?
yes! yes! yes! sukanya bila dimanja mcm anak kecik. nak pape dapat je.
nak pape tu xdela aku mintak belikan handbag sale kat Sogo tu, aku xdela meminta yang pakai duit sbb bole beli sendiri, tapi kalo dia belikan aku terima :3
aku minta dia buat something je, masa kapel dulu dia berkeras xnak, skrg da kawen.
dilamun cinta katakan, semua dia buat.

katanya akan buat apa saja demi kebahagiaan aku.
impian dia lepas kawen, dia nak jaga amanah Allah ni baik-baik.
lepastu selalu cakap, " b nak datang Sabah"
hehehehe..rindu kat isteri.

pesanan b selalu kat aku

JAGA AURAT SAYANG
SUAMI DIDAHULUKAN
PAHALA DIUTAMAKAN

gambar hiasan :3
cik b..terima kasih untuk segalanya.terima kasih jadi suami yang baik sangat-sangat. selalu mengalah,selalu jadi yang terbaik. i'm nothing without you.(aiisehhh cakap omputihh)
sejak mak jemah pandai naik belon ni, pandai da sikit2 cakap omputih sbb feeling pegi oversea kan masa atas belon tu..tambah-tambah stewardes tu pun speaking, kalo mak jemah xpandai mau pengsan stewardes tu nak speaking thailand dengan mak jemah ni.

continue..
cik b..semoga selalu sihat-sihat kat sana. terima kasih untuk kasih sayang yang x terungkap dengan kata-kata.
semoga jadi suami terbaik, bapa terbaik buat anak-anakku dan diri ku sendiri.
jadilah jugak anak yang terbaik untuk ibu bapa, tanpa mereka siapalah kita. dengan redha mereka kita dapat bersatu. semoga mereka dipanjangkan umur supaya kita dapat membalas jasa-jasa mereka.amin
untuk pengorbanan b nak gembirakan syg selalu, semoga Allah merahmati b.
selalu kita bergaduh, tapi satu ary b sakit..syg duduk sebelah katil b sampai tertido nak pastikan b xde pape.
masa b sakit b pesan " sayang, kalo b mati, sayang kena teruskan hidup, kawenlah..jgn sendiri" 
masa tu syg menangis tapi b xtau sebab masa b ckp b xbukak mata.
masa tu aku mula merasa bagaimana kalo kehilangan.
aku ada disisi b, aku xtau mcmna nk gambarkan kesakitan b masa tu sebab dia bukan dia yg sllu aku tengok.

mcm-mcm aku pikir.
alhamdulillah allah masih beri kesempatan untuk aku bersama dia.
alhamdulillah dia da sihat.aku belajar menghargai dia sedaya upaya walau kadang-kadang tersasar.
maafkan sayang b.. I LOVE U

No comments:

Post a Comment