Followers

Sunday, 24 August 2014

LATIHAN MEDAN FASA 2 ( GUNUNG ANGSI,KUALA PILAH)

Assalamualaikum

Sambungan..
Ceh ada lagi sambungan kan? 14hb/08 habis medan siri 1.
Kami balik ke akademi Kastam.besoknya 15/08 kami bertolak ke Negeri Sembilan.
Lokasi hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah. Matlamat utama ialah mendaki Gunung Angsi.
Aku selalu daki bukit tapi kalo gunung belom pernah :3 pengakuan jujur hahaha

Hari pertama sampai kami santai2.cuma malam kami kena nyanyi2 hiburkan jurulatih.
Hari kedua kami mula mendaki. Excited gak nak mendaki.huhuhu tapi sikap hati2 kena selalu ada.nasihat b masa kat hutan selalu aku ingat.baru separuh perjalanan,aku teraccident dengan sekor binatang.kawan aku panggil peringat.ntahla apa nama.lalu aku cedok binatang yg melekat kat dahi aku tu jatuh ketanah.rasa kena sengat dia boley tahan n ada bengkak sikit tp masih okay boleh teruskan mendaki.

Nasib aku xla malang sebab ad lagi sorang peserta n pegawai pengiring yang kena sengatan tebuan.terpaksala diorang turun balik ke base untuk dapatkan rawatan segera.
lepastu plak hujan lebat,mak aih..licin pulak jalannyaaa...makin melambatkan pendakian kami seramai 190 orang xtermasuk pegawai pengiring.

Masa tula rasa terbeban.mula pikir bila sampai atas dah xsanggup turun hahaha
Bila selamat sampai atas,wah nikmatmya sebab sejuk cam kat Kundasang.line hp ada plak tuh.canggih ah! Selesai berselpie bagai kami pun turun. Selama 9jam prndakian turun naik,akhirnya selamat semuanya alhamdulillah ^__^




Muka dah ntah apa2..makin itam makin gemuk.selalu berpanas n selalu makan.tapi exercise kurang.inila hasilnya..tahniah!
Tapi yang penting encik b xkisah katanya.huahahahaha...sekejap je cmtu lepastu kembali putih berseri bila tamat latihan nanti.insyaallah..amin

Bila dapat mendaki ni tiba2 rasa nk mendaki Gunung Kinabalu.boley ajak b nih.kalau ada masa n peluang dapatla kembali kesana.
Sampai situ tamatla latihan medan.sekarang fokus kepada taekwando,menembak,kawad sempena merdeka n renang. Gud luck for myself..xlama lagi nak habis dah latihan.home sweet home lah jawapan dia.

Esok kelas taekwando..wachaa!!!  Sebelah petang kelas renang..blurp blurp blurp..
Gunite semua :)

2 comments: