Followers

Tuesday, 28 January 2014

I LOVE U B :*


assalamualaikum

wah..aku xcited gila..not more than 2 month lagi..yeahhh!!
bulan depan balik semenanjung lagi..tiap bulan balik..kalau simpan duit banyak-banyak ni bolehla aku buat bayar lawyer time mengUGUT nak menyaman org..hahaha..xboleh blah :D
gelak macam unta wakakaka

semenjak dua menjak ni b makin lain..
lain macamana??

HOORAAYYY..!!
aku suka b yang sekarang!
I LOVE U MUHAYUDIN my LOVE
b yang makin sweet macam gula-gula kapas kat Petronas tu,
b yang Romantik macam Romeo..omg!!



"in sha allah.. doa sama-sama ea sayang..sayang nye lah kat sayang b sorang nie..b tadi ingat nak g pondok kat Klebang or jumpe membe..tapi bila ingat sayang, b terus balik kem..heeee"

comment : terharu bro bila orang tu dah selalu ingat-ingat kita sampai hilang mood nak jumpa kawan.

" b pun syukur b dah leh kawal sikit-sikit emosi b..harap hubungan kita akan kekal berterusan baik dan bahagia hingga akhir hayat..harap sayang xkan sia-siakan peluang untuk kali ni..b sayang sangat-sangat hubungan ni..muah.."

comment : alhamdulillah, b yang dulu panas baran dan emosi kin da berubah jadi seorang yang sweet sour dah..terbaik.

"sayang yang b cinta..b dah sampai ni..sayang tau x bape dalam laut china selatan?? tau x??? ha tau tau tau??? dalam nya laut tu, dalam lagi cinta b kat sayang..love u sayangggg.."

comment : pandai dah sekarang bermadah kata..cehh! dilamun cinta la katakan..macam ni rupanya..hehehe

"mana la bidadari b yang mucuk nie ea..ngah sarapan ke tu..heee..b nak g mandi ni..b nak bagitau b sayangkan sayang sangat-sangat.love u sayangku muah muah muah.."

comment : i think like im in paradise..cewaah..bidadari dihati b la katakan.

"alhamdulillah bagus la sayang bahagia.. b sayang kat sayang..b kesian kat sayang..banyak sangat ujian masa sayang dengan b"

comment : kalau dah namaya sayang dan cinta, apapun sanggup diharungi..setakat permainan psikologi..nothing to worse la kan..apa nak heran setakat nak psiko pakai teknik karat..xheran pun.geli hati je..nampak kebodohanmu disitu wahai peng 'STALKER' berjaya :P

"emmm..betul tu sayang..terima kasih sangat-sangat sebab sudi sabar dengan b..xtau dah nak cakap camana..sayang sangat-sangat kat sayang..sekarang ni b risau keselamatan sayang.."           

comment : sabar tu kan separuh drpd iman..buat apa nak bertengkar kerana orang yang dengki dengan kebahagian kita..maybe orang tu xcukup kasih sayang kot? biarlah dia MENGEMIS dengan cara dia suka. kita cuma mampu berSIMPATI al maklomla anak y****.

"sayang mucuk da tido ea..lama b tunggu sayang xbalas-balas nie..b tido jugak la ea..b nak bagitau sayang yang b sayang sangat-sangat kat sayang..love u sayang..mmmuuuaaahhh.."  

comment : sayang pun nak bagitau b yang sayang pun sayang kat b sbb da bg sayang perhatian dan kasih sayang..berhabis duit untuk sayang balik jumpa b..ngeh ngeh ngeh..xternilai dibandingkan dengan H*****g tu kan b? apa guna ada macam-macam tapi hidup sengsara sebab terJELES dengan orang lain..kikiki

bak kata b..biarla dia MEROYAN
dia xleh guna cara HALUS, dia guna cara lain..KASIHAN.
dia lupa kot kuasa Allah tu lagi kuat dpd kuasa sang saka tu..kah kah kah
harap insafla nenek tua nak MAMPOS entah bila tu sebab bersusah payah nak menghalang kuasa Allah dengan syaitan laknatullah..kau pun sama, dilaknat sebab da menduakan tuhanmu sendiri..padan muka..
menjawab la kau dengan Allah di padang Mahsyar nanti.

tq b sebab menjadikan sayang tido terlalu lena..makan bertambah-tambah td xdela sampai perut terboyot-boyot..ngeh ngeh ngeh..mandi pula basah kuyup sampai masuk pula air ke hidung.hahaha
xsabar nak balik Melaka..b nak belikan hp baru lagi..sayang nak Samsung lagi ea b..haritu Galaxy Ace3..balik ni fon apa plak ea b sayang..oke ambik masa untuk pikir sekejap..ting ting ting..

okelah aku pun banyak kerja..kalau kerja sbg staff lain la..ni kerja pegawai,memerah otak macam nak gila.ramai plak datang pagi-pagi nih..bye2..jangan psiko2 nanti masuk wad gila

Friday, 24 January 2014

SIBUK


assalamualaikum

sabtu 25/01/2014 oke lagi sebulan nak balik semenanjung. semua dah tanya bila nak balik. my mom pun asyik tanya.

"kad jemputan dah buat ke belum?"

"balik nanti check darah, jangan lupa!"

"balik nanti terus beli semua barang-barang hantaran."

oke kadang-kadang kata-kata ma aku berbentuk arahan..wakakaka.
baiklah ma! sabar ya ma.kami sebenarnya pun lebih drpd xsabar..kihkihkih
pagi ni sebenarnya hari minggu kan..jadi sepatut dan sewajarnya aku enak membuta dirumah.tapi pukul 6 dah bangun. hantar anggota yang bergelimpangan tidur kat rumah aku malam td. berpesta kat rumah..lepastu balik opis siapkan minit mesyuarat minggu lepas.

sampai opis plak..alamak aih!
aku de kunci pintu plak..kunci grill ada lah..ciss!
terpksa susahkan kak suzie aka kerani untuk datang hantar kunci.
sementara tunggu dia datang, aku lepak di pasar ikan main dekat belakang opis..ad anggota ramai situ, jadi bersembangla kami...siap dijamu dengan makanan org Bugis..apa namanya tu har, Buras kot.macam2 lah! 

then balik ke kg. Tajau Laut untuk berehat..cewaahh..like a boss.im doing anything i suka.cehh.
eok ada lagi satu tugasan tambahan. kena turun untuk lawat kawad mingguan anggota. aku diarahkan pegawai rela daerah supaya buat perubahan kawad like kawad temput ke irama ke bunga ke..whatever!
stress jugak..hahahaha

aku bahagian operasi tapi awatnya kena buat keje unit latihan?
oke jawapannya sebab keje unit operasi aku punya pun aku bg org lain buat..jadi bekerja ikut kepakaran bukan ikut skop!

rinduu b..alamak sikit pun mesti sebut nama dia..



sementara tu dengarla lagu ni..lagu ni b pasang malam dia nak lamar aku dihadapan ma aku.cehh!! romantik kan tunang saya. dia ngorat mak saya dlu sblm saya..nasib baik sy xngorat bapak dia dlu sebelum dia..
anggota da call..kena balik Tajau dulu lah!selamat berhari minggu


Thursday, 23 January 2014

AKU RINDU...


assalamualaikum

Petang jumaat yang sangat sejuk di Kudat.
Mungkin di negeri pantai timur semenanjung lagi sejuk..kot!
Semalam tidur awal dan harini bangun lewattt..sedar-sedar da pukul 7!!! owhh mannn!!
kelam kabut bangun, cari tuala..cari berus gg ubat gg..keh3
Hasilnya sampai di opis lewat setengah jam. tu pun rasanya da pecut habisss..

sepanjang seminggu lebih-lebih siket kat Kudat ni, aku belum sempat lagi berjalan-jalan cuci mata..hujung minggu lepas pergi kursus kawen kat dan minggu ni plak dapat jemputan jadi hakim untuk perbarisan masuk dan keluar padang sempena sambutan Maulidur Rasul..oke mmg aku sangat buzy sekarang..kahkahkah..
minggu ni pun aku jugak wakil ke pejabat daerah untuk meeting dengan ketua-ketua jabatan lain.
bila ada dinner pun aku jugak..ini kes membuli pegawai baru..my boss is KEJAM..oppss..!!

dan yang aku tau bila aku pijak kaki kat rumah, aku sudah xboleh dengar suara en. tunang tu.
sebabnya line digi xde..terbaik!!
mula-mula b susah nak terima sebab dia belum merasa duduk SABAH!!
lama-lama (oke lama la sangat) dia boleh terima.itupun slpas kejadian blackout seluruh Sabah termasuk WP Labuan yg mengakibatkan coverage turut xde..jahanam rasanya beb!

RINDU?
memang tak terkata rindu tu beb. 
miss my family, miss my tunang, miss family my tunang and miss kawan-kawan.
xsabar nak balik bulan depan..oke jangan terkejut..aku mmg suka balik.selagi duit masih berkepuk-kepuk, jangan risau..i'm coming home!

aku RINDU nak makan masakan mak aku, nak makan nasi lemak ayam pagi-pagi dengan tunangku tersayang! aku RINDU nak makan kerepek pisang buatan mak b. Nak main game sepak terajang dengan anak buah b...rindu jugak nak bertumbuk dengan b..sampai bergolek-golek atas lantai dapur.

MIDNIGHT MOVIE dengan b..seronoknya. malam tahun baru tu penah tengok movie 3D dgn b..lepastu aku tidur..tapi dia xtau sebab kan pakai spek mata tu..hahaha..sekali dia tahu, adehhh!! dicubit-cubit..katanya begini.."tiket mahal-mahal ko tido ya?"

mak penah cakap"cantik handbag ko? baru beli..?"

belom sempat aku menjawab ada makhluk yang dah jawab

"dia ni memang..suka MEMBAZIR!"

terima kasih b tolong jawab..heheheeh...werrrkk...!!
aku memang suka beli bila aku dah suka, mahal ke murah ke tolak tepi.penah aku dimarah sebab nak beli handbag harga RM 500..hahaha..demi nak memujuk b..beli je yg harga RM200.so,sekarang handbag tu aku dah pun baling kemana entah..mmg begitulah aku..lepas kawin kena dengar b membebel.

apa aku merepek nihhh..!!
aku nak mengundur diri, diundur diri ataupun undur berdiri
oke bye-bye



Wednesday, 22 January 2014

PERSEDIAN FIZIKAL & MENTAL


assalamualaikum..
selamat pagi semua..hari ni aku terawal datang opis..jadi terpaksala menunggu sehingga kerani datang..aku pulak lupa nak mintak kunci..yela da biasa sangat datang2 je pintu da terbukak..datang like a big boss..hahaha..biul..!!

oke oke oke..hentikan ke biulan tu..nanti ramai yang berjangkit.
nak cerita pasal persiapan menuju ke hari-hari tutt tutt, oke paham kan? tq
aku di Sabah kau pula di semenanjung..jauh kan? tapi hati kami xpernah jauh..dekat selalu.
nak dijadikan cerita, aku da excited nak kawin..dia pula macam percaya xpercaya dah nak bergelar suami.cehh..!! jadi persiapan sedikit-sedikit tu telah dilakukan..tq kat family jgk sbb sedia membantu sedangkan aku kat sini sangat risau..hahaha..

sehari dua ari tu kak long aka kakak ipar aku hantar wechat bagitau dia da booking tarikh dengan butik pengantin. cuma tunggu aku balik bulan depan untuk pilih-pilih baju n pelamin bagai. oke lagi sekali aku xcited gila babi :D




sample yg aku ambik kat fb dpd butik yang kak long da g book tarikh tu..b ada cakap suka yg mana tah..ak xcmfirm plak..tp ak suka yang bawah..tapi xde la ak pilih yang ak da post ni sbb xsuprise..hee..cuma tema dia ala-ala yang bawah sekali tu..white n pink pastel..
oke lagi sekali aku rasa nak muntah darah tengok pelamin yang cantik-cantik nie..

apa yang lagi penting ialah majlis berjalan dengan lancar..risau juga kan tiba-tiba berlaku mcm dlm drama tu,,jeng jeng jeng..datang seorang wanita menghalang dengan berkata ' tunggu..!!' bhahahha
gila pemikiran aku..astaga..tolak bala tu jauh-jauh ke dalam lautan.tapi aku cakap skrg..datangla mcmna pun..i trust my b..heee

tiap hari aku mengadap buku-buku pengantin..mencari idea untuk jadi kreatif..perkahwinan sekali seumur hidup..tapi tidak sampai membazir kan..? papepun kena sllu maklum dengan en tunang dulu..setiap kputusan mesti kena bincang right? baru bagus..oke aku banyak keje nak buat..logistik punya keje belum settle.bye!

Sunday, 19 January 2014

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah..dapat jugak mengupdate.dengan keadaan coverage xde..kdg2 blackout, Allah je tau sengsara di bumi asing ni.tiada keluarga tiada berteman. Allah jauhkan aku dari keluarga tapi Allah datangkan aku insan-insan yang baik hati,menyayangi aku seperti keluarga sendiri.tq banyak2 take care pasal aku..En. Ramir dan wife.pagi-pagi sediakan aku nasi lemak dan kuih. 


Bekalan ketika berkursus. Tq jgk kepada en. Tunang sebab selalu support dibelakang..always risaukan aku.sanggup xg belajar silat sbb nak temankan aku bercakap fon.kata-kata semangat, buat aku rasa berteman di kala keseorangan.


So ceritanya di minggu pertama di Kudat ni, hmm..ntah la.haahaha..g opis then balik.beli barang rumah, n paling penting aku da habis KURSUS PRAPERKAHWINAN..im done! Yeahh..my b pun dah, sebulan awal dpd aku. Congrate!(b yang cakap)


Akhirnya selesai satu hal..lepasni kena uruskan borang-borang lain plak and check darah.harap semuanya berjalan lancar dan sempurna.aminn(tq doakan aku beb walaupun xsengaja) hik hik hik..


Aku telah buat persiapan mental dan fizikal.mencari ilham untuk majlis the only one anak perempuan mak n ayah aku..heehhe..tema dah ada..konsep dah ada..apa lagi yer..tah la..layannnn jellaaaa...oke..tengok jam dah pukul 7.30..maknanya..aku da lambat nak g keje.ak belum mandi n sarapan n belum iron baju dsbg.oke pliss out dulu..sambung laterr.bye bye









Tuesday, 14 January 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH

Assalamualaikum

Syukur kepadamu ya allah kerana mengembalikan dia kepadaku. Kembali nya dengan banyak perubahan. Cinta kami atas nama Mu. Semoga kau memanjangkan jodoh kami, teguhkan kasih sayang antara kami, kuatkan keimanan kami supaya terus beramal kepadamu. 

Ujian yang kau datangkan bertubi-tubi telah kami lalui dengan tabah walau kadang-kadang airmata kami menitis menandakan peritnya untuk dilalui. Beberapa bulan lagi, ya allah kau kabulkanlah permintaan kami untuk mendirikan masjid berpaksikan cinta kami kepadaMu. Kau lindungilah kami dpd perkara yang menggugat hati-hati kami. Sesungguhnya kepada engkaulah kami memohon.

Kami bukanlah manusia yg sempurna, kami berharap dengan pernikahan kami nanti akan saling menyempurnakan kami. Biarlah kami saling melengkapi. Jauhnya jarak kami xkan pernah menghalang usaha kami untuk menghalalkan hubungan kami seandainya kau izinkan ya allah.

Semoga aku menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata suami ku. Menjaga harta dan maruah suamiku, melahirkan zuriat yang soleh dan solehan. Kau permudahkan ya allah. Kami tidak mahu lagi kecewa seperti masa-masa lalu kami. 

Apa yang dah berlalu kami anggap sebagai pengajaran. Kami ingin memulakan hidup kami berlandaskan nama Mu. Jangan kau biarkan hati kami lalai walau seketika.lindungi kami dari hasutan syaitan yang dilaknat.



Kepada encik tunang tersayang..sabarlah menanti masa untuk di ijabkabulkan.jika tertulis nama kita bersama maka akan bersama juga kita di penghujung biar pun banyak onak duri melintasi kita..anggaplah semua nya svg ujian buat kita.jgn cepat melatah dengan ujian.kita kena kuat..kita kuat kan?? Inshalah semoga selamat semuanya..aminn

Monday, 13 January 2014

GOOD BYE KUALA LUMPUR,WELCOME BACK TO SABAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat sanpai di negeri bawah bayu bersama 11 rakan seperjuangan yang lain. Kembali meneruskab tugas hakiki di tempat orang.melangkahnya kaki kami disini tak lagi bersama, dulu semua kerja di opis KK,sekarang pulang ke daerah masing-masing..ada di Semporna, Sipitang,Tuaran,Beluran,Tambunan, Lahad datu n bla bla bla..jarak akan memisahkan kami,tapi kami yakin kami mampu menjalankan tugas yg diamanahkan.

Terima kasih kepada tunang aku sbb sekali lg hantar aku ke airport.ponteng kerja semata-mata nk hantar aku. Tapi kali ni lain siket, dia terus hantar dan balik.xturun kete pun..xde parking.selalunya dia akn hantar sampai ke tempat pmeriksaan imigresen.sayu rasa sbb xpuas bersama b. Masa dlm kete b byk berpesan.

" kat sana jaga solat, biarla kalau kita mati ada dosa tapi jgn kita mati dlm kkufuran. Org kufur akan selamanya dlm neraka."

Dlu bila aku tertinggal solat b akan marah.

" b nak kita sama-sama masuk syurga.b syg dekat syg.b nk syg jd isteri solehah."


Walaupun dia garang, tapi aku tau dia sangat sayangkan aku..buktinya dia tidak pernah merahsiakan apa-apa dari aku dan dia xpernah ada perempuan lain selain aku.aku harap dia akan begitu selama nya.in sha allah..kasih sayang yang dia beri xpernah berbelah bagi. Aku akan kenang masa-masa bersama dia sbb tiada yg membahagiakn aku selain dapat bersama dia :) 



Menanti untuk check in baggage dan berlepas. Balik bawak satu beg tapi pergi dengan dua tiga beg.apa yang sudah jadi genk! 





Xdisangka xdiduga plak bila dapat seat business class..owh tq Rela Sabah sebab bagi kami layanan special.hahaha..baru aku perasan layanan pramugari lain macam, rupanya kami ni duk hot seat. Aku paling suka makan dlm flight sbb sedapp..nyum nyum nyumm..



Bila da nampak pulau-pulau kecil tu maknanya kapal akan mendarat xlama lagi..jadi sampaila kami di Kota Kinabalu dengan selamat. Berterima kasih lagi sekali dekat Rela Sabah sebab sediakan 2 kenderaan berserta driver menjemput kami di airport. Bermulalah rasa sedih yang menebal sbb da jauh dpd keluarga dan tunang. Tapi encik tunang selalu call..anak buah dia pun selalu sembang fon dgn aku..selalu tanya "acik bila nak balik" "acik nanti datang umah lagi" "acik bangun cepatt" huhuhu...

Dengan sokongan dan doa dpd insan tersayang,aku mengharapkan perjalanan hidup di sini akan aku lalui dengan tabah.tq jgk kat mak b sebab selalu pesan kat aku supaya jaga diri di tempat orang.love all of u :)








Sunday, 12 January 2014

HARI RELA KE 42

Assalamualaikum

Sudah seminggu x mengepost di blog..busy busy busy..busy dgn latihan kawad tempur berirama sempena Hari Rela ke 42 pada 11/01/14 di Bagan Datoh,Perak. Team aku mewakili pegawai dipaksa rela melakukan persembahan bertemakan CMT( Crisis Management Team) dan juga sebagai gimik pelancaran baju celoreng digital rela di hadapan menteri KDN Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah. Jadi pulun lah kami dgn segala kudrat yang masih bersisa..cehhh!! Bajet macam g medan perang je..hahaha..



Masa latihan..siang dan malam..semangat nak mampos, dalam hati menyumpah xhabis..tapi dalam masa yang sama kami hepi sbb bpeluang bjumpa dengan kawan satu batch lagi sekali..


Masa raptai dekat bagan datoh..dengan kak ila..cantik kan?? Geng suka mekap time kawad sampai pihak pengurusan tertinggi cakap batch kitorg xkena dera teruk..hahaha..bahana mekap. Tapi awas !! Ni isteri org..hehehe..anak sudah satu..jgn dicuba ya..


Berhenti kat r&r mana tah dlm perjalanan ke perak.dalam toilet pun jadila..nak buat mcmna mmg kami suka bergambar.



Inilah kami dengan baju celoreng digital..ada nampak macam pokok x kitorang..papepun program ni memberi kami seribu erti dan kenangan yang xkan kami lupakan.batch 1/2013 terbaik!! Jom tengok video persembahan kawad tempur berirama kami sempena Hari Rela ke 42 tahun 2014.




Harap lepasni kena panggil lagi buat persembahan..hahaha..org len xsuka kena panggil sbb kena berjauhan dengan laki masing-masing tapi aku hepi sbb aku boleh berkepit dengan tunang aku nanti..hahaha..oke aku sewel.abaikan aku..:)



Makin lama makin berisi..pape pun perut kena jaga, jangan kasi berlipat..ngeh ngeh ngeh..ni dua-dua bakal pengantin baru..gud luck kawan..xlama lagi,lepastu inshallah aku menyusul di belakang :* 

Friday, 3 January 2014

HARI KEDUA LATIHAN KAWAD FORMASI

Assalamualaikum..

Hari ni internet aku xpired..so maybe esok xdapat nak update blog lagi memandangkan malam ni rasanya aku xkelua.jadi kaitannya bila xkelua xdapatla nak reload..bila xdapat reload xdapat la nak subscribe internet..itu la ceritanyaaa..

Hari ni pepagi buta bangun tapi dapat inform kami xterlibat dgn pt pagi plak..aduhh.da siap pakai baju dah..hmm..apa lagi,letak kepala kat bantal..tido lerr..sejam kemudian bangun cepat-cepat dan turun ke stor senjata.dengan berbekalkan t-baton dan senjata short gun, latihan diteruskan!

Tengahari tu plak perubahan dibuat.semua kena pakai senjata m16.okee...aku happy sbb aku xpayah susah2 nak belajar kawad senjata guna short gun(ad kelainan cara kawad ikut senjata,kot) muahahaha...oke happy gila.lps lunch terus masuk bilik.dengan senjata sekali masuk bilik.tidur lah sekatil dengan m16.

Lepas solat jumaat bersiap untuk turun ke padang kawad lagi..kali ni kawad tanpa henti..dengan m16 sebelah kanan dan t-baton sebelah kiri..aku rasa macam kalut semacam je nak melangkah.mana nak kira masa lagi,nak pgg senjata lagi..member aku kat depan asyik angkat kening je kat aku time kawad,saja nak bagi aku gelak.lepastu bila aku gelak macam pontianak tu..kena la bebel dgn tn
Hafiz..sabo ajela...

Hujan lebat petang



Oke line tenet sloww...xblh upload byk..dia meroyann..saya ad senapang taw..sape gila mulut saya tembak..bagi kena idung awak yang dilanggar todak tu..ngeh ngeh ngehh..
Peng peng peng...sila sedar diri..hahaha..kenapa la aku rasa jahat gila hari ni..ada aku kesahhh???xkisaahh punnnn...

Thursday, 2 January 2014

HARI PERTAMA LATIHAN KAWAD FORMASI

Assalamualaikunn..

Selepas lapor diri di pusat latihan,sungai udang melaka..2/1/13 tarikh bermulanya latihan.kat pusat latihan ni bukan kami pegawai je yang menjalani latihan kawad..tapi ada juga anggota yang dipanggil untuk kawalan kehormat Hari Rela nanti..

Rasa malas nak lapor pun ada.memandang kan dalam surat arahan ditulis dengan huruf besar perkataan WAJIB tu..terpaksa la datang.keadaan hari pertama cool je..dpd 6.45pagi hingga 6.30 petang.kawad je keje..kawad sambil ketawakan kawan sendiri..mmg lucu bila geng combat buat formasi.aku wat lex je sbb ak mmg grup formasi huhuhu...

Sebelah petang..tgh kawad plak tiba-tiba tengok b ada depan pentas..aduhhh...segan la..dah la lupa lagi kiraan langkah..lau buat salah nanti mati kena gelak..mmg aku sorok muka dalam poket seluar la..lama plak tu.muka aku da tebal 14lapis..tu xtermasuk mekap yg selalu aku pakai time kawad lagi ha ..!!

Hari yang sama kami diberi baju celoreng digital plak.rupa baju tu lebih kurang baju tentera la.khas untuk pakai masa hari rela nanti bg persemban  kami.juga dibagi t-baton..bak buqt qpa dengan benda tu ak pn xtau..hahaha...mna la aku penah pgg benda tu..ak tgok anggota je yg pakai sblm ni...esok plak dengarnya kena guna senjata api..aku dapat short gun..shit!! Bagi la m16 sbb aku xreti pgg short gun  kang tersodok member depan plak xpasal-pasal..

Habis je latihan balik tido kat bilik..lps isyak kua g outer baju celoreng tu kat jasin dengan b..singgah makan dekat kedai tomyam dulu..sembg punya lama,b panggil aku katak hijau sbb aku pakai tudung hijau pucuk pisang..gambar xde sbb aku bkn artis nak tgkap gmbr kat mana2 je pegi..lainla org hot kan..hahaha..
Setle hantar baju, terus balik ke kem sungai udang..apa lagi..tido la..esok 6.45 kat padang kawad.sedia untuk arahan selanjutnya..saya yang menurut perintah..symp!!