Followers

Wednesday, 26 March 2014

KREEKKK KREEKKK


assalamualaikum

actually minggu yang sibuk
exam 25/3 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu
drive sendiri uwaaaaaa :'(
apalah nasibku posting jauh dari bandar
terpaksa ulang alik hujung minggu ke KK kalo nak shopping
si rose gila bawak binatang ni g kem
aku rasa nak masak kicap je binatang ni sebab gigit aku..hahaha



26/3 jam 5:30 am 
gerak dari kem ke Kudat sebab ada Program Derma Darah jam 7 am
perjalanan 3 jam jadi 1jam setengah
drive macam pelesit, lubang semua aku langgor je



nah itu si bos
muka cari pasal
si pembuli aku, malam pun i'm still his assistant
call tgh malam suh p balai, tutup lampu kereta..hahaha..
kalau dah kalut lampu kete pun xttup.
ocpd call cakap, jadi symp!
kakak dengan abang yang jadi mangsa tolong ke balai tutup lampu kete.



muka xsempat mandi
hahaha...biarlah busuk janji tugas dijalankan dan ada orang sayang..hihihi
mata lebam xcukup tido.
malam sebelum gerak balik Kudat, b call kacau aku tido jam 2 pagi..
lepastu aku xdapat tido. bongok punya org.

now 27/3 aku masuk opis setlekan repot 
tengahari anggota datang opis ajak lunch kat restoran lavender



sebelum tu da makan kfc, tapi makan lagi
aku xsuka kecewakan orang
& paling penting, banyak mana pun aku makan aku tetap xgemukk :D
alhamdulillah.
lepastu pegi saloon cuci rambut
kebiasaan aku tiap bulan, kadang-kadang 2 minggu sekali kalo xbz
akak kat saloon tanya "dik rambut rebonding ke?"
hahaha..soalan lazim, memang diorang sangka aku rebonding padahal aku xpernah pun

lepastu pegi singgah kedai buku, anggota belikan aku majalah.
minat aku mmg membaca.
apa-apa bahan bacaan, mengaji pun rajin gak :D


cari ilham
hahahaha..lebih kurang la kot
daripada menggedik kan?
balik baju basah-basah, hujan turun lebat, masa lintas jalan terus rasa mcm kena simbah air
alamak baru aku ingat baju kat ampaian..adeyhhh!!
k lah bai


Sunday, 23 March 2014

LAIN TEMPAT LAIN BUDAYA =)


assalamualaikum =)

hujung minggu ni mmg xdapat rehat..jumaat malam ke rumah jiran menolong buat persiapan majlis bertandang, sampaila ke hari sabtu persiapan dia.
hari ahad baru majlis jalan. aku da lemau tiap malam join diorg, memang meriah
semua ahli keluarga berkumpul, buat kerja sama-sama
pakai inai ramai-ramai, saling pakaikan sesama sendiri, buat biskut
berkaraoke, menari, main kulintangan, pasang bendera..sangat meriah adat diorang
diorang ni semua keturunan Sharif Sharifah
adat diorang ni kalau berkahwin dengan selain bangsa diorang, ada upacara simbah darah ayam.
yang tu aku xsempat tengok sbb masa tu aku kat rumah, STUDY =D






majlis diorang ni buat besar-besaran memandangkan diorang ni kerabat istana.
siap ada penaja, aku ni plak ditugaskan dengan kakak untuk jadi pengiring pengantin.
ambik seri sikitt malam tadi, hehehehe..
macam-macam acara yg diorang buat, menari la yang paling syok sbb keluarga pengantin perempuan orang negeri sembilan, jadi diorang belajar menari sekali.
keje aku cuma ketawa di meja makan tengok diorang.
ada band cilik dijemput sekali, budak-budak ni selalu buat persembahan di RTM rancangan Selamat Pagi Malaysia.
ramai la artis jemputan dpd Sabah yang datang..termasukla Jimmy Palikat. tapi aku xsempat tengok sebab aku awal lagi balik rehat.
si pengantin lelaki ni pengsyarah Aswara rasanya..jadi ramaila kenalan dia artis.





gambar xbape clear..henpon murah kot? eh? hahaha
sampai ke situ jela..lepastu aku balik tido! diorang semua abis acara kul 1 pagi..gilalah.
maunya aku kena pot pet ngan cik b kalau aku balik lambat.
pape pun aku da belajar sedikit sebanyak adat bangsa Brunei ni. bangsa lain banyak lagi yang aku xtau..
sabo ajela ^__^

Tuesday, 18 March 2014

MASIHKU INGAT ..


assalamualaikum

peace! oke dah settle meeting pagi tadi. sekarang pikir pasal exam minggu depan.
malasnya nak drive ke KK lagi..puih! xbest langsung..
haishh..xsabarnya nak balik kampung. sebelum tu settlekan tugas buat repot dululah. 
setle je keje terus pikir nak buat apa lagi nih, bosan jugak. kalau si boss ada boleh bergaduh dengan bos.

hmm...teringat kat si dia lah ( ada org menyampah ke?, kalau ada, satu je aku nak cakap" jgn dtg sini & rajin2 baca.its my blogs,i punya sukerr oke?) sayu je hati bila teringat kat dia. duk sini bila xsihat buat bodoh je, pandai je sihat sendiri..hihihi..
kalau kat sana memang x lah kan..muka mcm mintak pelempang je nak suh dia buat semua.
teringat satu masa tu.. aku baru sampai KLIA. masa tu aku sakit perut sangat2 (masalah wanita..syuhh)
terus sampai Melaka b bawak g klinik swasta. masa  tu da dekat pukul 5..hampir2 nak tutup.nasib bek sempat. dua2 masuk bilik doc, bincang punya bincang oke..rawatan segera diperlukan. 

b tinggalkan aku kat situ dan doc teruskan rawatan..sakitnya perut masa tu tuhan je tau. 
kena bius..wahh..tanpa dia kat sebelah.oke kuatkan semangat. doc cakap kalau nak muntah, muntah je..
xpulak nak muntah..oke2 jer bius.. dalam masa yg sama b jalan kaki berlari anak cari mesin atm.tinggalkan kete sbb takot jam. RM*00 bayaran perubatan aku..oke chill! kesian b habiskan duit untuk aku..

setle dlm bilik rawatan, aku masa tu pakai high heels. kelua dengan xde tenaga. bius belum menjadi.
aku nampak b kat lua..kat kerusi menunggu, muka risau..dengan lemah aku cuba angkat kaki. terus b datang tolong pegang dan bawak ke kereta..masa tu baru aku muntah.bius da menjadi..hilang rasa sakit.
b asyik tanya oke ke? sakit sangat ke syg? satu persatu aku ceritakan.. b kesian dengan aku..dia bawak pegi makan-makan, bawak balik jumpa mak.
syiok la berjalan sbb da dibius..esoknya..perghhh!! dia datang balik sakit.

satu je ayat yg aku dengar dpd mulut dia saat aku cakap sakit
" ya allah." 
terharu b risaukan aku :) terima kasih b sbb selalu bersama aku bila aku memerlukan. kasihnya dia pelengkap hidup aku.pengganti si ibu yang ketika itu jauh disisi.

lepas kejadian tu, bila aku ada poblem kesihatan mesti b suruh aku cepat2 g cek kat klinik.
aku iya2 je..xpegi pun..hihihi
itulah dia..aku suka sangat dengan family dia sbb semua sporting.
time aku sedih mak dia peluk aku dan nagis sama..rindunya nak dengar mak membebel kat kitorang lagi.
rindu nak tidur sambil bergusti dengan adik b, Ana.
rindu jugak kat anak buah b..nak lawan game gusti. nak suap2 makan kat diorang.
kehidupan yg xpernah aku lalui sebelumnya..

# kalau nak bahagia jangan ganggu kebahagiaan orang :)

Sunday, 16 March 2014

CONGRATULATION'S TO ME..EH?


assalamualaikum

hepi..gembira..eh, mcm sama je?
tq to my friend..opss cakap omputih plak.
sebab wish ucapan tahniah untuk aku, kat fb, wechat whassap n text.
kebahagiaan aku diserikan lagi dengan ucapan korang.semangat aku weh. gilalah!









aku malas nak printscreen semua..huhuhu..alhamdulillah da selesai mengepos kad jemputan ke Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah lain-lain. kat kawan-kawan yang aku ada alamat pun aku pos kan..dan kpd yang xdpt tu..heee..maaf la sebab xsempat tp aku da invite melalui fb.



kenapa tarikh dirahsiakan? bukan xnak member2 tau, tp musuh ada dimana-mana.beware! 


tiket honeymoon da book. cehhh!! hujung tahun insyalah ke Bali.
aminnn..!! tq aminkan kami :D

MELTING


assalamualaikumm

mood tengah oke sekarang
nak story pasal encik b yang sekarang ni suka bercinta-cinta dengan aku.
macam buang tebiat tapi sweet. melting!
dulu bukannya xsweet..tp sekarang bertambah-tambah sweet. aku suka! tido sambil senyum.
xpernah gaduh bawak samapi ke tidur. selalu dia cakap dia xboleh gaduh lama-lama sebab rindu.


tiap malam selalu tinggalkan text cintan cintun.

"syg, andai matahari terbit siang hari..itu bukan syg.syg terbit sepanjang masa..menyinari hidup b sepanjang masa tanpa ada terbenam..andai kata bulan purnama sebulan penuh, tapi syg mengambang selamanya penuhi hidup b..andai hilang syg dpd hidup b, maka hilanglah hidup b selepas tu..syg la musuh,syg la kawan, sygla isteri sejati suka dan duka..love u syg..muuuahhh..moga Allah tambahkan rasa cinta rasa sayang rasa rindu rasa syukur untk hubungan kita.."

"syg yg kucinta bak air laut yang masin..yg xkan menjadi tawar sampai bila-bila walaupun hujan 1000 tahun, air laut tetap macamtu. macamtu jugaklah cinta b pada syg.."

" kalau syg bunga b lah tangkainya..kalau syg air b la bekasnya..kalau syg botol b lah penutupnya.kalau syg curang b geget syg..hehehelove u syg"

" aku syg dia sbb dia selalu ad dgn aku..aku susah..aku senang..aku marah..aku suka..dia tetap ada.."

" b sayangkan syg mcm b sayangkan nyawa b..b perlukan syg mcm b perlukan perut b..b dambakan syg mcm b dambakan wajah tampan berseri..siapala b tanpa syg "

" syg la kawan syg la lawan..syg la penghibur syg la pembawa sedih(xboleh blah kot) ketabahan syg jadi tali ukuran kesetiaan dlm hubungan kita..tp kadang2 sakit hati jugak bila nak marah xpasal2.."

" hadirmu bak bidadari menyinari hidupku dengan senyuman..hadir mu juga bak duri yang menusuk di hati untuk melengkapkan suka duka tika bersama..kai dan aku kini ibarat bayang2 yg xkan terpisah.."

" walaupun kita selalu gaduh dan b selalu maki2 tp tu cakap mulut je..jauh dlm hati b rasa syg tu kuat sangat.walaupun syg bengis mcm kucing mati anak,tp syg tetap cute time pujuk b..terbahak-bahak b ketawa bila syg hantar ayat pujuk..love u very much isteriku syg..moga hubungan kita akan kekal hingga akhir hayat..moga Allah memberkati hubungan kita..aminnn.."

tulah antara ayat cinta dia yang ntah idea dari mana. sweetnya dia :)
thanks b sebab usaha jadi seromantik yg mungkin.
i love u too damn much dear! tunggu kepulangan syg ea b.take care.. i will hug u later suamiku :)

ada yang meluat? sape suruh singgah sini? ada suruh? no..so boleh jalan oke?
WARNING: DILARANG MENGENDAP, BIKIN MALU :3

Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)


assalamualaikum

minggu lepas, seminggu xmasuk opis. ikot si boss bawak anggota ke pusat latihan di Tuaran.
selain bawak anggota, kami jugak terpaksa join menembak kategori pegawai. so, WUARRRGHHH!!
malas betui la..si boss la ni suruh-suruh aku.tapi xpela..da lama xmenembak..last tahun lepas bulan 11 kot.


otw ke Tuaran, kami singgah di simpang tiga Kota Marudu. tempat ni sangat famess la kat sini.berderek kedai mejual kacang dan makanan ringan buatan sendiri.boleh cuba dtg. aku singgah cari toilet j sbb aku xmakan pun kacang dan spesiesnya..-_-


pakai ni, maknya banyakla kerja aku.huh! 
biasanya aku jadi pegawai benteng..nah peluru terbang atas kepala pung pang pung pang sana.
tapi yang ni jadi pegawai peluru plak,.kerjanya jaga peluru.keluarkan peluru setiap kali acara mula.isi peluru,kira peluru..dan muka aku jugakla time check anggota lepas angkat sumpah.










memandangkan kami ni menembak di lapang sasar tentera, jadi ada satu team tentera dan polis yang bertanding sekali. 


malam last tu ada Malam Mesra. kami yang kepenatan ni pergi makan-makan lepastu hilangkan diri.punya payah nak lari sebab meja sebelah meja pengarah. last-last dapat jugak. balik terus tidoo.penat gila.


ini sebelum balik Kudat, aku kelua dengan kawan-kawan aku pergi Pasar Philiphine. banyak sangat mutiara jual kat sini. aku asal nak balik je mesti kesini. ole-ole untuk keluarga aku, keluarga dia dan kawan-kawan.
actually aku malas nak menaip ni. huhuhuhuhu..sebab perut aku lapr, tapi aku malas jugak nak turun pegi makan.xpela..baik aku study..exam nak dekat dah..bye2


PICNIC LA KONON NYA :D

Assalamualaikum..

Hai..pukul 12:56am sekarang.aku pun xtau apa aku buat.mybe sbb ptg tadi aku da membuta,so malam ni aku xdapat pejam mata. And the only one pnyelesaian dia ialah wechat dengan encik b sampai tertido..xpun berangan.hahaha
Begitula tiap hari,sebelum tido kena tukar2 gambar xpun video call dlu. I miss u encik b.

Oke back to the story pasal picnic. Hujung minggu aka hari ahad.
Plan picnic kat Pantai Bak Bak. About 5minit je dpd rumah.selalu lalu tepi pantai balik kerja,tapi xpernah singgah.jadi minggu ni ambik masa tengokk sikett..kot!












Angin dia kuat sangat.tudung pn da jd mcm sotong.wahh..aku rindu lauttt.rindu ayah aku,da lama xmancing sama-sama naik bot! 
sumpah best! ingat nak bawak encik b kesini bila dia dtg nanti.tiket da book.yeah!
inilah Kudat. kawan aku semua xpercaya ni Kudat. airnya cantik macam di Semporna.
membebel plak aku nih.kbai

Monday, 10 March 2014

SAYA JATUH CINTA DENGAN AWAK

Assalamualaikum

Terima kasih Ya Allah untuk hari-hari yang indah penuh keberkatan dan dilimpahi kasih sayangmu. Aku bersyukur sangat dengan kehadiran dia dalam hidup aku,sungguh membahagiakan dan tiada sesaat pun yang membuatkan hatiku gundah. 
Allah maha berkuasa,di saat kami ingin mendirikan masjid kami dilimpahi dengan kebahagian dan kasih sayang yang xpernah kami rasai dan lalui sebelumnya. Setiap apa yang berlaku banyak hikmahnya. Mungkin kami difitnah,diburukkan oleh individu tertentu,tapi kami tahu semua tu ujian. 
Kami ingin mulai kisah cinta kami sekali lagi.bila? Hari kami dinikahkan.
Bercinta dengan cara yang halal. Boleh melakukan apa saja dengan hati tenang.aku bersyukur juga sebab Allah jarakkan kami. Lautan yang memisahkan kami,hikmahnya ialah  kami dijauhkan drpd maksiat dan kami dihadiahkan kerinduan yang berpanjangan.alhamdulillah.




Dia selalu cakap nak aku jadi isteri solehah,ibu kpd anak-anaknya.
Dia sekarang sangat menyenangkan hati aku.xseperti dulu yang kadangkala terlalu sibuk dengan kerja. Sekarang walau sesibuk manapun dia,akan ada sekeping mesej yang tertulis ayat cinta untukku setiap malam sebelum tido. Kemanapun dia pergi,selalu hantar gambar nak buktikan dia betol ada ditempat yang dia bagitau. Dia xnak aku ragu dengan dia.sweetnya dia sampai aku rasa macam nak mencairkan diri aku..hhehehe

B mmg panas baran.tapi b xpenah lekang dgn ucapan maaf bila dia da sejuk.
Kalau aku sedih mesti dia akan tenangkan aku.dipeluk bahuku tanda sokongan.impian aku nak jadi yang luarbiasa untuk dia.ya! Katanya aku mmg sudah luarbiasa dari yang lain.tabahnya aku,sabarnya aku memang luarbiasa sehingga dia jatuh cinta.

Setiap kali aku masak mesti aku send gambar dekat dia. Lepastu dia akan cakap sakit hati dengan aku sbb aku mungkir janji nak masakkan untuk dia.balik-balik dia je yang masak untuk aku. He he he..

Dia cakap akula musuh dia,akula kawan dia dan aku jugala isteri dia :)
Tiap hari aku dibuai dengan kata-kata yang membuatkan aku terharu.rasa dihargai dan disayangi.terima kasih b untuk semua ni.sayang rindukan b.nak jumpa b !!
Padahal xsampai 2minggu lagi pun berpisah.oke sila meluat tengok aku gedik.huhuhu

Bosamnya pagi ni.duk kem sprang.kawan aku tu plak masuk kerja.aku harini just standby je.arrghhh bosan..diorang buat ujian kemahiran menembak..rasa cm nak g kacau diorang kat opis la jup g.encik b pun masih tido.jadi bek aku melepak dengan kawan kat sana.

Wednesday, 5 March 2014

AKU XTAU NAK CAKAP APA :D


assalamualaikum :)

macam da lama jugak kan x bukak blog..seminggu je pun -_-
biasala sibuk siket nak buat persiapan. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar sekali.


terima kasih kerana kehadiran awak membahagiakan saya. terima kasih kerana kehadiran awak melengkapkan hidup saya dan mengisi kekosongan hati saya. saya tau awak da cuba yang terbaik untuk masa depan kita, saya hargai nya.


selama seminggu balik semenanjung, xterasa lama..sangat sibuk. balik rumah je masing-masing bukak kilang taik mata. sedar-sedar plak dah ada keje nak dibuat. sampaikan aku demam sebab kepenatan ngeh ngeh ngeh ;)


hari kedua last sebelum terbang ke Sabah. settlekan kerja kami yang masih lagi bersisa.
makan aiskrim yeahhh! beli 3 jenis aiskrim dan makan satu-satu sama-sama sampai habis..lepastu b belikan baju untuk aku pakai balik Sabah. b suh beli banyak-banyak tapi aku xnak..heee...


tq b..orang kata kalau beli baju hubungan x kekal.alhamdulillah sampai sekarang xde apa-apa pun yg terjadi. apa yang penting kena percaya kuasa allah xde sape mampu menghalang kan? malam tu plak kami habiskan masa tengok wayang. ajak adik b si ana tu sekali. memang kebiasaan kalau kami ngedate di panggung akan bawak ana, lagi-lagi kalau malam.kalau beli tiket pun aku akan ingtkan dia "b, untuk ana?" hehehehehe



aku bedal selipar ana sebab aku xbawak balik selipar..kasut je yang aku bawak..pot pet pot pet je b bila aku mintak carikan selipar nak dipakai. b plak bila aku belikan selipar bukan dia nak pakai, dia bedal jugak selipar kuning tu..selesa dipakai jangan harap nak pisahkan dengan dia..bagila ganti harga ratus-ratus pun..bencik b!


tq adik b, Daya sebab tolong kami book tiket flifht untuk honeymoon.masa kami sendiri pun xmengizinkan. jadi minta tolong adik beradik plak.maaf menyusahkan :p
seminggu bercuti yeaaahhhhh!!! ingat nak ke Bali tapi cuti macam xcukup je..sbb da save seminggu untuk emergency :'( mungkin kalau xde pape cuti tu aku guna hujung tahun untuk ke Indonesia sebab b cakap nak bawak mak dengan bapak pegi sana. mana cuti xhabis, tengok ni ha tiap bulan aku balik
|
|
\/


da sampai Sabah, kerja plak berlambak menunggu dimeja.esoknya plak dah kena submit kat pejabat negeri kat KK. jadi mcm org gila la aku sign n mintak tolong pembantu tadbir printkan. macam mau mati je buat.
esoknya tu pagi-pagi drive dpd kk Kudat ke KK..3 jam sampai lah KK lepastu hantar apa yang patot then terus pecut balik Kudat. angkara banyak menyinggah sana-sini sampai di Kudat magrib.padan muka.


bawak kete jabatan nak isi minyak offline plak..huh.dugaan je. tapi yang penting aku da laksanakan tugas aku untuk hari ni.settle! lega nya..


hari aku bangun lambat, nasib baik kak Suzie kejutkan aku. kalau tidak bos mencari-cari mana hilangnya pembantu dia nie..8:30 baru sampai opis, dengan kak Suzie sekali terlibat :D
keje da siap, nak turun bank in duit dekat kawan pun mesin atm tu da mcm ulat bulu da aku tengok, BR1M punya pasal..aduhhh!! xpela..bagi can kat macik-macik dulu..aku nak mintak kawan aku belikan baju nikah tu...cepatla macikkkkkkk!!