Followers

Tuesday, 29 April 2014

OPIS NI KAMI YANG PUNYA NGEH NGEH NGEH :3

assalamualaikum

nak dijadikan cerita, populasi wanita di opis aku ad 80% hihihihi
satu demi satu pegawai lelaki bertukar dan diganti dengan kami si wanita yg suwit-suwit.
hanya tinggal si bos je yang masih gagah mempertahankan kedudukan dia hehe
bos pun tinggal tahun ni je kontrak dia, act dia bekas tentera. so maybe akan diganti atau pun tidak jawatan dia..adakah penggantinya lelaki? atau wanita?
hui..rasa macam ohsem sangat bila puak kami menguasai opis nie.
bila bos xde, mulala kami berdangdut bagai..


inilah wajah-wajah kami penyeri opis nie..kumbang tinggal seekor, bunga makin tumbuh dah..
hai bos? xtakot dengan kami kerrr?
yang pakai baju POD atau pun pakaian operasi digital yang hijau tu sorang Pembantu Tadbir, sorang anggota pentadbiran, sorang anggota unit media.aku? hahahaha( ketawa macam jin )
aku cleaner je..macam2 aku boleh jadi.ada masa aku jadi bos, ada masa aku jadi driver, ada masa plak aku jadi tukang sapu.hahahaha

bestnya opis ni bila aku dapat bilik sendiri.aku tampal sana, tampal sini.
gambar laki aku, gambar kawan-kawan aku semua bertempek sana sini. cuba teka apa tugas aku sekarang ni?
macam-macam !!
kadang-kadang aku serabut, kadang-kadang aku rileks,
act aku pegawai bahagian operasi, memandangkan pegawai bahagian latihan baru je pindah..so, aku pegang dua-dua. mana x sakit jiwa aku niey mak minah ooiii..

masa encik asben datang haritu, dia suggest nak cat baru bilik aku nie.aku iya-iya je..tapi xsempat.org nak tolong pun aku malas lagi nak angkat kaki nie ha! tq asben sentiasa memastikan keselesaan aku. ILYSM !

mula-mula sampai sini, aku xberapa syiok sebab xbiasa.lama-lama dah oke.rasa nak tido dalam opis, xnak balik umahhh :D nasib bek PT aku usik hantu dekat aku. mesti bila da pindah semenanjung, aku akan rindu dekat diorang semua. paling rindu mesti dekat bos,orang yang paling suka buat taik dengan kami.hahaha

I LOVE MY opis..kbai.

Sunday, 27 April 2014

RINDU...!!


Assalamualaikumm

huaaa huaaa huaaa..!! menangis lap dengan lengan baju jer..huaa..sambung nangis balikk :'(
semalam gado ngan b..b suh mintak maaf, tapi aku xnakk!!
sampai sekarang aku tetap xnak mengalah..mesti b sedih. aku marah b macam-macam.
sape suruh cakap bukan-bukan. 
aku ego ke? opkoss lah!


aku bosan b xde...sape suruh bergaduh kan? ambikla ko balasan..kui kui kui
dari semalam xcakap dengan orang sebab sedih gaduh dengan b.
tapi still berselera makan..bak kata b " b xcaye kalo syg xmakan lagi harinie..."
tapi harini belum lunch :'(
duk opis, orang datang jumpa..cuba senyum seikhlas hati :D
lepas diorang balik, muka kembali kebentuk asal..tertanya-tanya..
" b xrindu aku ke nie..?"
" b dah makan ke belum ni?"
" b dah gerak pegi kedah ke belum ni ek?"

alahai..dialah tempat aku bermanja. sampai tido mandi semua nak berteman.
kalo tidakkk..jangan harap aku mandi :p hihihihi
sekarang gado..aku deaktif fesbuk aku. tapi aku on fb dia..mana boley aku hidup xberpesbukkk

yang aku sedihnya bila b post


uwaaaa...borgolek-golek mau balik peluk b.
cian b asyik kena marah, asyik kena mengaku kalah je dengan aku
sabar ea b...b kan suami yang baik. kenala sabar kan kan kan?? hihihihi
disebabkan aku ni nak memujuk b tapi xnak mengaku kalah.. aku anta video sepasang budak menari..sweetnyaaaa...!!
b diammm jugakk..huhuhuhu..aku buat bodoh jerk konon-konon xbergaduh pun :p
lepastu b tengah chat dengan membe dia kat fb..aku menyampuk
tiba-tiba b sambung ayat aku 
"hehehehehe..." blablabla.. aku ketawa macam unta
hahahaha...sape suruh bergaduh dengan aku kan? terimalah akibatnyaaa...kan aku da kacauu..marahla marhlaaa plissss :D

papepun aku rindu dia. jaga diri kat sana, hati-hati..and tolong jaga hati sekali..ek?
mana tau ada yang masih cuba mencuri hatimu sayangku :p
iringan doa ku bersamamu suamiku.semoga baik-baik saja disana.. I LOVE U SO MUCH!!






Friday, 25 April 2014

NEW LIFE NEW JOURNEY.. i love it so much

 Assalamualaikum

semenjak dua menjak ni aku gila nak menelan semua makanan yang shumel-shumel
macam aku :D awat sentap?
asyik kena Warning dengan encik asben je dua tiga hari nie
katanya jangan GEMUKS nanti berlaga perut jadi macam jongkang jongkit
jadi aku cakap...BIAR BIAR BIAR sebabnya aku xtahan nafsu makan.





hari first gaji encik asben da tanya " sayang ada duit ke belum?" amboi amboi amboii
nafkah bulan pertama katakan. jadi aku cakap harusla ada kan baru gaji ekekekeke.
lepastu aku mengadu dengan dia xdapat bank in dekat family sebab akaun diorg plak xaktif camana ntah.
apa dia cakap? " apakata sayang bank in je dekat akaun b?" 
adeyhhh!! bikin lagi pening -__-
lepastu dia ketawa.
last-last guna akaun abang aku je bank in dekat mak ayah.siap bagi upah lagi kat diorg sebab tolong.

xkan la aku kat sini sedap-sedap makan xanta duit kat sana kan?
memang la mak ayah xpernah harapkan duit dpd anak-anak, tapi itulah yg mampu aku buat untuk balas jasa diorang tu.
aku jadikan encik asben sbg idola aku.yes! ibubapa memang dia jaga. me too now.
pernah aku cakap juga, duit belanja aku xpayah lah bagi..aku halalkan sebab aku nak dia xkurangkan duit belanja mak bapak dia. lagipun aku ada gaji sendiri.
tapi b ni jenis yang pikirkan semua perkara, tanggungjawab yang dia pikul.
dia REJECT cadangan aku.oke!! terima kasih boleh aku save dalam ASB kuang kuang kuang!

sekarang kitorang ade trademark bila nak elak bergaduh.
"BAIK MINTAK MAAF"
asal sorang da start marah je, sorg lagi mesti guna ayat ni.
bila da mintak maaf, sorg lagi tanya "SEBAB?"
jadi kalau aku yang menjawab sebab tu, aku cakap cenggini " SEBAB B SURUH"
ketawa la kami macam unta sampai xboleh bernafas.
aduhai encik asben.. betulla kata orang zaman bercinta dengan zaman dah kawen ni lain
kalau boleh semua benda yang boleh bawa bergaduh nak dielakkan.
semua da kena jadi matang.
ALHAMDULILLAH syukur sangat-sangat sebab b da banyak berubah. dah x marah-marah. kalo marah pun xsampai 5 minit mesti dia pujuk balik..lagi-lagi bila muncung aku ni da panjang sedepa.


tqsm b.. makin montel kan kami?
hihihi..montel sebab bahagia xpe kan? kan? kan?
jangan sebab lain.ehehehehehehe.....




Thursday, 24 April 2014

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL


assalamualaikum

hari sabtu dengan encik asben and pembantu tadbir aku gerak pegi KK
kali ni aku yang drive, giliran b untuk rehat plak.
ahad jam 11 flight b..aku dengan lagi 4 orang pegawai len hantar b kat airport.
hantar sampai kat imigresen
salam b, cium b..tunggu sampai dia lepas pemeriksaan imigresen
dari luar aku lambai tangan 
b cakap I LOVE U
aku balas, sekali ada geng2 student lalu
"alolo sweetnyaaa.."
aku pandang diorg, diorg senyum..aku balas huhuhuhu



si kurus sudah montel
makan banyak..b makan berselera sampai xlarat nak masak
lepas anta b, terus singgah di Karamunsing
lepastu balik apartment rehat, besok pagi ada meeting dengan pengarah di pejabat negeri.
lusanya plak Kursus. adeyyhh!


tidaklah hensem sangat kami tapi bolehla dpd xde..hewhewhew
asalkan hidup kami hepi, xde apa nak risau..SMILE =)


2 hari berkursus..
harini balik Kudat. alhamdulillah selamat sampai.
3jam drive..campur mengantok..singgah opis.balik nanti nak rehat cukup-cukup.
tapi macam kena cuci pakaian je nanti..sibuk punya pasal, pakaian xsempat dicuci.

sabar sabar sabar!
aku kalis peluru jugak kan? kalis air dan kalis cemburu dan fitnah..hehehehe
oke diam diam diam.
encik asben xajar ni cakap mcm nie..just doakan org2 yg pintu hati belum terbuka.
uargghh letihnya badan..weekend ada aktiviti lg.
macamana kepala xpusing2, otak 24 jam bekerja.
hope cepat-cepat dapat pindah balik semenanjung ^__^




Sunday, 20 April 2014

NILAI SEUTAS GELANG TANGAN :)

Assalamualaikum


Gelang tangan ni banyak ceritanya.
Gelang tangan hadiah dihari pernikahan dpd suami tercinta.
Gelang ni dibeli sebelum kami mengenali satu sama lain
Untuk apa? Dibeli khas untuk wanita yang dikahwininya suatu hari nanti.
Tanda cinta untuk sebuah ikatan yang suci.
Terlafaznya akad nikah malam tu,maka sahlah kami suami isteri.
Lengkaplah sebahagian perjalanan hidup kami.

Akan aku simpan pemberian ni baik-baik.
Supaya sentiasa mengingatkan bahawa aku sudah bersuami,sudah menjadi isteri.


To my lovely husband,
Bukan wang atau emas yang aku dambakan,
Bukan juga pangkat atau darjat,
Yang aku dambakan adalah sebuah masjid yang terbina ini kukuh dengan kasih sayang,cinta dan kesetiaan.
Terima kasih xterhingga kerana menerima aku sebagai suri dalam hidup.
Moga cepat2 dapat baby kata b ;)


Tuesday, 15 April 2014

JALAN_JALAN PUSING MELAKA

assalamualaikum

12/4/14 malam selepas majlis bertandang umah b
aku bawak family aku berjalan pusing Melaka sampaila pagi.
seriously memang kepenatan tp xpe demi family.
first kami makan-makan ikan bakar di Cristal Bay..memang sedap gila.pandai b pilih tempat :)


lepas makan kami semua gerak kat area Dataran Pahlawan.
abang aku siap naik beca lagi temankan anak buah aku yang melompat-lompat nak naik beca warna warni tu. seriously cantikk..!!







sampai umah terus kemas baju, jam 4 bangun gerak g airport.
jam 6:30 aku ngan b flight ke kk. muka macam pontibapak semua akibat penat melampau -__-



no makeup..masuk kapal terus membuta dan xsedarkan diri.hihihi
now sedang honeybulan kat Sabah.
baru semalam anggota buat majlis kat Kudat sempena meraikan perkahwinan aku dan encik b.
tqsm all the support :)


MAJLIS BERTANDANG DI MELAKA

assalamualaikum

12/4/14 hari sabtu majlis bertandang di Melaka
alhamdulillah majlis kat sana jugak berjalan lancar tanpa sebarang masalah
dua adat dan budaya yang berbeza antara Melaka dan Kelantan.
tapi ohsem!










lepas makan semua barulah tukar baju n potong kek.tapi kesian time tu pun xde gambar yg aku dapat -__-
just wait album siap!
tqsm mak sebab penat-penat nak buat persiapan majlis sampai batuk-batuk. ilysm mak n bapak!







MAJLIS BERSANDING DI KELANTAN


assalamualaikum..

4/4/14 keesokannya terus diadakan majlis bersanding di rumah aku.
suasana yang meriah, dihadiri keluarga, teman rapat aku, rakan sekerja dan jiran-jiran.
tqsm korang sudi hadir majlis aku.
aku sangat hepi, actually jadi raja sehari memang penat sangat.
posing sana posing sini sampai xlarat nak senyum.
tq to Awie Bridal jadi wedding planner aku dengan hanya sekali appointment je terus kerja jalan.
aku masukkan jela pic-pis ea sebab rasa malas nak menaip pulak ni.



hantaran yang simple gila sebab xde masa nak buat. al maklumla duk jauh-jauh kan






hasil tangan aku dan b sendiri xmintak bantuan org pun..hihihihhi..
ambik feel kawen la kononnya masa tu








congratulation to me..eh? oke i wish sendiri je
ni pic kat bawah ni sume pic yang member-member & family upload kat fb.




esoknya buat photoshoot outdoor kat tepi pantai dalam pokok2 rhu, kot?
hahahaha..




ni cuma the making off..
aku sendiri xde 1habuk pun gambar.
xmenyempat nak bergambar, sibuk dengan photographer je.
cannot wait album wedding siap ^__^





 tenkiu member2, jiran2 and family members dengan hadiah nie.
ilysm hehehehe