Followers

Sunday, 24 August 2014

LATIHAN MEDAN FASA 2 ( GUNUNG ANGSI,KUALA PILAH)

Assalamualaikum

Sambungan..
Ceh ada lagi sambungan kan? 14hb/08 habis medan siri 1.
Kami balik ke akademi Kastam.besoknya 15/08 kami bertolak ke Negeri Sembilan.
Lokasi hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah. Matlamat utama ialah mendaki Gunung Angsi.
Aku selalu daki bukit tapi kalo gunung belom pernah :3 pengakuan jujur hahaha

Hari pertama sampai kami santai2.cuma malam kami kena nyanyi2 hiburkan jurulatih.
Hari kedua kami mula mendaki. Excited gak nak mendaki.huhuhu tapi sikap hati2 kena selalu ada.nasihat b masa kat hutan selalu aku ingat.baru separuh perjalanan,aku teraccident dengan sekor binatang.kawan aku panggil peringat.ntahla apa nama.lalu aku cedok binatang yg melekat kat dahi aku tu jatuh ketanah.rasa kena sengat dia boley tahan n ada bengkak sikit tp masih okay boleh teruskan mendaki.

Nasib aku xla malang sebab ad lagi sorang peserta n pegawai pengiring yang kena sengatan tebuan.terpaksala diorang turun balik ke base untuk dapatkan rawatan segera.
lepastu plak hujan lebat,mak aih..licin pulak jalannyaaa...makin melambatkan pendakian kami seramai 190 orang xtermasuk pegawai pengiring.

Masa tula rasa terbeban.mula pikir bila sampai atas dah xsanggup turun hahaha
Bila selamat sampai atas,wah nikmatmya sebab sejuk cam kat Kundasang.line hp ada plak tuh.canggih ah! Selesai berselpie bagai kami pun turun. Selama 9jam prndakian turun naik,akhirnya selamat semuanya alhamdulillah ^__^




Muka dah ntah apa2..makin itam makin gemuk.selalu berpanas n selalu makan.tapi exercise kurang.inila hasilnya..tahniah!
Tapi yang penting encik b xkisah katanya.huahahahaha...sekejap je cmtu lepastu kembali putih berseri bila tamat latihan nanti.insyaallah..amin

Bila dapat mendaki ni tiba2 rasa nk mendaki Gunung Kinabalu.boley ajak b nih.kalau ada masa n peluang dapatla kembali kesana.
Sampai situ tamatla latihan medan.sekarang fokus kepada taekwando,menembak,kawad sempena merdeka n renang. Gud luck for myself..xlama lagi nak habis dah latihan.home sweet home lah jawapan dia.

Esok kelas taekwando..wachaa!!!  Sebelah petang kelas renang..blurp blurp blurp..
Gunite semua :)

LATIHAN MEDAN FASA 1 ( SELANDAR,JASIN)

Assalamualaikum semua ^__^

08/08 peserta kursus asas pegawai Kastam menjalani latihan medan di Hutan Rekreasi  Bukit Batu Lebah,Selandar,Jasin selama 7 hari. Macam2 aktiviti diorang buat. Jurulatih terlibat dpd rejimen 514 askar wataniah.salah sorang merupakan anggota my hubby & jugak bekas jurulatih dia masa duk rejimen 514 dulu.
Macam2 aktiviti yang dijalankan..antaranya jalan lasak 5km(masa rekrut Rela dulu 30km) so apa ada hal? Solo drop..hmm mau melompat aku disergah masa lalu kawasan ladang getah.almaklomlaa melatah tahap 1 hahahaha..lepastu tido dalam hutan semalam jer.berbantalkan bagpack berselimutkan kain batik(sembunyi2 bawak)..

Lepastu aktiviti kemuncak dia ialah serkup.aku dimasukkan dlm team risikan.keje aku pegi jumpa Ampoma dgn maksud lain pemberi maklumat.lepas dpt maklumat,balik ke base.siapkan peta & sorg bg taklimat serbuan.malamnya kami semua bermalam & berdating di ladang sawit dri jam 8 - jam 5 pagi.so sweet ah nak tangkap org dengan tido mengadap2 taik lembu. 

Yang paling leceh kat kawasan sana air.kami semua makan minum kena sedia sendiri.so ketiadaan air minum.bila xsempat masak air,terpaksala kami isi botol dengan air paip kat surau.lepastu sarjan dollah bagitau kami jangan buat cmtu sebab air kawasan jasin adalah paling Kotor dalam Melaka. Wts! Kami pun mula ada yg muntah2,perut kembung bla bla bla...apa boley buat.

Yang kedua leceh..pegi mana2 je mesti jumpa 1 benda.hahaha..taik lembu.
Ini mimpi ngeri kami semua tido berbantalkan taik lembu.hahaha...tapi mgkin jasin mmg luar bandar kot,so fenomena biasa dikampung.maafla first time macam nie but pengalaman tu dah ada.

Selama 7 hari kat sana,hanpon kami semua disimpan oleh pegawai.so? Kerinduan tahap kritikal bg aku yg xleh berpisah lebih 1 jam dengan encik b kecuali mata aku pejam krookkkh3... Adala 1day tu aku buat muka seposen g pinjam hp jurulatih.
Dapatla bercakap sembunyi2 dengan si dia 10minit. Melompat2 la my b sebab dpt cakap dengan si bambam dia nie.


Ni gambar sebelum naik bas gerak ke Selandar.gambar lain xhade sbb hp kan kena ambik oleh pegawai :3
Papepun masa latihan medan la kita kenal siapa kawan siapa lawan kita.boleh tgok cm2..ada yg tinggal Kawan.so far kawan2 aku xde mcmtu.semua baik2..

Thursday, 14 August 2014

ALBUM SANDING SIAP ^__^

Assalamualaikum ^__^ 

Balik kampung raya haritu cek2 dengan mak aku,katanya album kawen da siap! Apalagi har,tinggal beg pakaian kat tangga umah terus masuk bilik cek dalam almari.hahaha
Excited punya pasal kan.kenangan manis yang terakam & tersemat abadi dalam hati.

Aku belanja korang nengok gambar k?aku pun xsuka ckp banyak.penat baru balik dpd latihan medan.besok nak mendaki lagi.huhuhu..penat yang masih bersisa..sambil2 lepak gerai Pak Majid dlm kem ni, aku update la blog comel kesayangan aku ni.




I miss him so much! Petang td dia dtg kem kjup hntarkan makanan. So sweet! Bercintan cintun dpn guard.hahahaha.






CD yang photogrpher bg xsempat nak bukak.buzy mengalahkan PM je kebelakangan nih!
Album ni aku bawak balik kem,bila rindu aku tengok2..barulah sweet :3

Jam pn da kul11 malam.besok taklimat untuk mendaki jam8. So,gudnite & babai uolss


Sunday, 3 August 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum ^__^

morning semua! Amboi pepagi bangun teros nak ngupdate saje! Almaklomla berhari balik kampung, xsempat plak nak bukak blog.
Tenkiu my b sebab balik  beraya di Kelantan taun ni. Pengalaman untuk b berhadapan dengan jam teruk, pengalaman beraya ditempat org & merasa juadah yang xsama dgn tempat sendiri. Pagi raya pertama kami beraya dirumah,lepas zuhur baru aku bawak b ziarah kawan2,ex-teacher & melawat kawan b kt Kelantan sekali.


Tema hari raya pertama kami ialah pink+kuning ^__^ 
Aku tengok gambar ni terus ter-feeling cm aku makin slimla hahaha.b pn cakap benda sama..semua pakat nk tegur konon aku still steady even da kawen.alhamdulillah badan aku xbambam lagi.lps bersalin xtaula acane gamaknya plak kan? Itu belakang kira.

Aku belanja sikit gambo sehari sebelum raya ok?



biskut kesukaan aku of coursela biskut arab.huhhhu...5minit je aku uli,siap untuk dibakar!



Bakar lemang! Makanan wajib tiap kali raya.
Kalini encik b merasa bakar lemang...tahun ni ada pertambahan kakitangan untuk projek tahunan kihkihkih :D



Di petang harinya..kami berdua proced ketupat plak.sebenarnya mak b yang buatkan,lepastu kami bawak balik kelantan.hehehe..



Majlis pertunangan adik kepada kak nurul.kak nurul member sekursus siri lepas kat RELA.
Waiting nk menerima kehadiran cahaya mata ketiga nya xlama lg.tunggu masa katanyaa :D


Lepas tu kami ke bachok plak.member sekursus jugak nie..kawen! WELCOME TO THE CLUB BRO! ehehehehe.. AMIRUL+ZALEHA tahniah! 






Gambar raya yg sempat d snap.yang lain2 dalam hp diorang.xkuasa aku nk bluetooth dah.tahun ni semua adik beradik & menantu2 serta cucu-cucu balik beraya sini.sepupu pn sama.semua pakat terjah rumah aku.x lepas tangan dibuatnya.

APAPUN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI,AKU HARAP SEMUA GEMBIRA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.YANG BARU KAWEN,SELAMAT PENGANTIN BARU.YANG MASIH LAGI BERCUTI,BERHATI-HATI SELALU.AKHIR KATA SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN DPD KAMI.