Followers

Thursday, 25 September 2014

THROWBACK SAAT-SAAT MANIS


Assalamualaikum :)

Harini kalo dikira-kira da setahun 1bulan tempoh perkenalan kami. N genapla setahun tempoh kami bercinta cintun ni.genap jugakla 5bulan 23 hari kami bergelar suami isteri.bukanlah mudah untuk lalui tempoh masa ni.bahagia perlukan pengorbanan & alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

NIlah moment diawal perkenalan yg aku masih simpan. Saat pertama kelua dating. Malu-malu biawak komodo pn ada. Saat aku bwk dia balik kampung jumpa family.saat shopping barang nikah. Saat bersiar-siar. ^__^ semuanya indah untuk dikenang.


Saat-saat kami dinikahkan 03/04/2014. Saat yang kami nantikan yang ahli keluarga kami nantikan :) alhamdulillah malam tu selamatlah kami sbg suami isteri.di usia 21 tahun aku bergelar isteri kpd Muhayudin bin Sardianto



Keesokannya 04/04/2014 kami diraikan oleh ahli keluarga,sanak saudara & kawan2 serta jiran2. Perkahwinan bukan je penyatuan dua jiwa tapi jugak penyatuan dua keluarga yg berbeza adat dan budaya (kelantan + melaka)



Selesai majlis bersanding,acara potong kek plak.alamakk...xde gambar kek la..hehehehe
Banyak sgt gambar aku nak upload sampai lupa dekat kek tu.syukur encik suami hepi sgt walaupn penat buat persiapan untuk majlis kami ni.tenkiu family n kawan2 yg membantu.


Dua hari lepas majlis tu,ada lagi photoshoot outdoor.haish macam2 lah kan aku nih.xhabis2 dengan bergambar.biasala sekali dalam hidup mesti nak rakam moment2 terindah.maaf ea biey kalo penat renyihhh :D





Tenkiu kawan-kawan yg datang bawak hadiah,hadiah dari org sabah pun ada jugak. Xterkira banyaknya smpai xboleh letak dlm bilik,kena letak kat depan pelamin je.
Seminggu kemudian majlis sebelah lelaki plak di Melaka.waah!! Penat belum habislaaa...




Seharian lagi kami kena renyih sepenuh hati kuang3..
Besoknya kami flight ke Sabah.jeng jeng jeng....lalalalala


Pic kami selepas kawen.still romantic cam biasa kan?mohon jeles :p
Masih selalu nak pakai bju kaler sama,selalu mesra,paling penting selalu hepi ^__^



Walaupun dah kawen,da sibuk n jumpa seminggu sekali..
Hubungan kami diserikan dengan surprise jer!bila aku balik aku belikan dia buah tangan & hadiah! Dia pun sama.bestnya bila balik kekadang ni,semua yg kita minta mesti dia penuhi.
Nilah kehidupan kami n jalan yang kami pilih untuk lalui bersama! 
Harapan kami semoga hubungan ni berkekalan sehingga ke syurga.amin :)






Sunday, 21 September 2014

MAJLIS TAMAT LATIHAN PEGAWAI KASTAM & PEGAWAI KANAN KASTAM

Assalamualaikum ^__^
11/09/2014 maka berakhirlah penantian kami selama 3 bulan. Tempat posting da tau.ad  yang hepi,ad yg berganda-ganda hepi xkurang jgk yg bersedih.apa pun keputusan yg dibuat,sbg penjawat awam yg bersedia memikul tugas2 diamanahkan,kami harus redha!

Seawal jam 6:30 pagi,semua da siap bkumpul.siap sedia untuk perbarisan masuk padang.pikir2 la jam berapa kami bangun.sarung kasut je dah 15minit.
Pagi yg penuh bersemangat,mak ayah suami datang nk tengok.jauh ayah aku dtg walaupn kurang sihat.rasa seakan nak menitiskn airmata sbb terharu.

Harini juga aku antara 16 orang penerima anugerah.
Anugerah peserta terbaik kategori kawad kaki :) senyum sampai ketelinga boleyy x?
Berkat doa seorang suami yg selalu mendoakan kejayaan aku.alhamdulillah keredhaan suami juga tangga ke arah kejayaan. Mak dan ayah! Kamu selalu dihati.walau kita terpisah jauh,kasih dan sayang xkn pernah berubah.tq jgk mak n ayah yg selalu mendoakan kejayaan anak-anakmu :')


Ni lah wajah kami penerima anugerah.
Aku yg paling hujung, aku yg pertama naik pentas ambik anugerah dengan timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Dato' Matrang.





Yang berempat ni roomate aku. 3 orang kelantan,sorang org Jasin Melaka.
Xtersengaja kami ditempatkan dalam 1bilik,kebetulan jer. Diorangla tempat mengadu & tempat bergusti. 3 org dpd kami dipostingkan ke KLIA n ketiga2 nya juga ditempatkan di bahagian GST.alamatnya kerja kerasla kami nanti.sorang lagi plak dihantar ke Johor.



Sekarang da selamat melapor diri d KLIA. Semoga dapat memikul tugas yang diamanahkan dengan baik. Alhamdulillah dipostingkan xjauh dpd suami.tiap minggu ulangalik Selangor-Melaka. 

SELAMAT BERTUGAS



BBQ & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI KASTAM

Assalamualaikum. 

3hari lepas dinner, kami anjurkan lagi satu majlis di kolam renang. Majlis meraikan perpisahan antara kami selepas 3 bulan berkampung di AKMAL Melaka. Lepasni masing-masing ad tugas sendiri. Entah dimana kami dihantar? Xde sape tau ^__^

Bertemakan santai ..balun ajela pakai apa pun.
Mekap semua pn ala-ala dinner GLAM&GLITZ haritu..hahahahaha..malam ni kami jemput khas jurulatih2 kawad,renang,penyelaras & timbalan pengarah AKMAL.
Semua enjoy menyanyi menari tepi kolam.yg mak org Bapak org tetiba jd cm org bujang.hehehehe...









^__^ last event kami d AKMAL.Lepsni preparation untuk Majlis Tamat Latihan plak!
Good luck semua! I will miss uollssss :*

Saturday, 20 September 2014

DINNER PEGAWAI KASTAM GLAM & GLITZ

Assalamualaikum :)

Da lama xngedate.sibuk sgt seriously!
Awal bulan 9 peserta kursus asas pegawai Kastam & pegawai kanan Kastam ada anjurkan dinner bersama pengurusan tertinggi Kastam.
Tema dia Glam & Glitz (biru/gold) rasanya muka kami pn da nk gold hehehehe
Banyak sangat persembahan nyanyian, pertandingan karaoke, flash moob ala-ala Hindustan, tarian, silat & mcm- mcm lagilah ^__^


Ni lah dia pentas yg dihias cantik.sape yg kawen & nak bersanding sekali lagi dialu-alukan.
Malam ni masing-masing xdpt cam muka kawan.makeup semua ala-ala nk terima anugerah bintang popular dengan baju yg vouge gila babi.sampaikan aku terlupa aku kat mana :D






Ini ajela gambar yg ada.xmenyempat nak bergambar. Pintu masuk pun da ad cameraman entah dr celah mana kejenya ambik gambar tetamu sorang2.layankan ajelaaa..-__-
Dinner tamat pukul12 & semua masuk tidoooo..esoknya kawadd
LAYANKAN AJEEE :)

Sunday, 7 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 57

Assalamualaikum ^__^

Tahun ni berpeluang lagi menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan tapi dekat Dataran Pahlawan,Bandar Hilir Melaka. Tahun lepas dah join dekat Dataran Merdeka mewakili RELA.teringat plak saat2 pertemuan dengan encik suami.tapi tahun ni da tukar jabatan dah. Kalini mewakili Akademi Kastam Diraja Malaysia plak..



Sempat lagi kan aku mekap nak berkawad pun.cehh! Bak kata aku sendiri,penampilan haruslah dijaga lagi2 depan suami.heheehehe..adala 3km kami kawad dpd dataran pahlawan hinggala stadium hang tuah..


Antara 190 peserra yang berkursus, hanya 40 orang je yang terpilih untuk perbarisan kat Melaka. Lagipun kami bertanding dengan badan beruniform lain seperti penjara,bomba,jpam.alhamdulilah dengar2 kami dapat no 2,tempat pertama jadi milik Akademi Laut Malaysia(ALAM). 

Papepun kami enjoyyy sangatt!