Followers

Wednesday, 1 July 2015

HARI MAKIN DEKAT...


Assalamualaikum

sambil tunggu masa nak habis kerja kul11 kejap lagi..aku rasa rajin plak nak update blog :D
alhamdulillah buat masa ni aku rasa baby dalam perut ni sangat dengar cakap. sebab apa? aku selalu pesan supaya jgn buat hal masa aku tengah kerja..kalau nak sakit, silakan sakit masa kat rumah.

nak dijadikan cerita...


29/6/2015 aku ajak hubby g scan baby...sehari sebelum tu da pergi, lupa plak hari ahad semua klinik tutup...aku da rindu sangat nak tengok baby nih..esoknya lepas siap buat major servis kete kat Melaka, terus ajak hubby pegi klinik..alhamdulillah bukak :) senyum sampai telinga.

syukur jugak xramai org. da scan nampak jantung baby bergerak2, boleh plak hubby ckp tu mulut baby..seram plak aku kalo mulutnya bergerak mcm tu hehehe
semuanya doc cakap okay, air ketuban okay, baby sihat & jantina pun doc bagitau sama mcm doc2 lain cakap masa checkup sebelum ni. harapnya macam tulah...semua aku terima

yang paling aku hepi berat baby da 2.9kg dibandingkan 5minggu sebelumnya 1.6kg jer.
hubby plak risau sebab katanya baby da gemuk sbb uminya makan banyak :D apalah org laki ni kan..hehehehe

30/7/2015 balik ke Nilai selepas seminggu berkampung rumah mak mertua.
checkup lagi dekat klinik gov. harini cukup 37weeks! ad baki lagi 3 minggu sebelum due date.
hubby temankan kalini..sambil tunggu checkup aku yang berjam tu dia duk mengaji manakala aku da jumpa kawan. jadi bersembangla aku smpai nurse panggil.

nurse da ajar cara nak lapor kelahiran dekat klinik terdekat bila da bersalin nanti. last step kot yg lain2 semua nurse da ajar. lepastu nurse check perut. kepala baby da masuk laluan, tunggu masa jerla sekarang nie..waahhhh!! xcited kebabommm! rasa nak masa tu jugak baby keluar hihihihi

hujung2 kehamilan aku amalkan banyak bersujud. nak bg mudah bersalin..jadi selalu aku dgn hubby solat terawih bersama kat rumah je. kalo nak ke masjid mmg aku xmampu. kadang2 masjid ni dia punya bacaan panjang, aku plak xmampu tahan lenguh satu badan.
lepastu amalkan surah nabi yunus bagi mudah bersalin..

tiba2 la plak mlm tu dibuatnya baby xbenti gerak.aku risau gila...tkot baby lemas ke terbelit ke..nak g spital xde klua tanda lagi..dhla jauh hospitalnya..hubby plak da balik Melaka.jd aku gosok2 baby pujuk dia tido.bila dia diam, perut aku terasa sakit teramat.bukan sakit yg mcm selalu..mcm nak patah tulang belakang aku..tuhan je tau..then selepas seminit hilang rasa tu...smpai skrg belum dtg lg sakit mcm malam tu.

aku smpai skrg tbayang2 sakit yg smlm...ngeri! xdapat bygkan kntraksi yg sebenar! Allahuakhbar..
hanya yg beruntung je dpt merasai pengalaman mcmni.
aku berdoa je semoga dipermudahkan semoga dipercepatkan proses bersalin. Amin

No comments:

Post a Comment